Thursday 23 January 2014

Kangkung: Balasan Allah, Tulah BN

Pada PRU13, keputusan SPR menunjukkan bahawa BN telah menangi 133 kerusi dengan undi popular sebanyak 5.237,699 (47.38 peratus) manakala PR telah memenangi 89 kerusi dengan undi popular sebanyak 5,623,984 (50.87 peratus). Hakikat yang nyata, BN menang dengan kelalahan manakala PR kalah dengan kemenangan. Sebab itu kita lihat, semenjak BN 'menang', mereka seolah-olah telah hilang kemaluan. Hal ini menyebabkan BN dan ahli-ahlinya semakin menggila sehingga hilang sifat jantan mereka apabila berhadapan dengan RAKYAT! Apakan daya, 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Mereka tanpa rasa malu telah memperBODOHkan rakyat jelata dengan propaganda mereka 24/7. Tidak cukup dengan kenaikan harga barang, dimain pula mereka isu Kalimah Allah. Namun, Allah Maha Adil. Pembalasan datang tidak mengira pangkat apabila Allah me'laknat'kan mulut CELUPAR pemimpin negara dengan perkataan KANGKUNG! Di situ, BN mula rasa malu dan ahli-ahli mereka tersangatlah MALU apabila RAKYAT pula memperBODOHkan pemimpin mereka dengan laungan KANGKUNG! Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang mana pemimpin No.2 (kerana pemimpin No.1 negara adalah Yang Di-Pertuan Agong) diMALUkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Walaupun Dr Mahathir dan Pak Lah tidak begitu disukai ramai namun mereka tidak pernah dimalukan sebegini. Bukan setakat itu, rakyat luar negara juga mentertawakan pemimpin KANGKUNG kita. Dek kerana bukan 'jantan', maka tidak berani mereka siarkan berita BBC. Inilah yang dinamakan sebagai 'TULAH'.
Walaubagaimanapun, adakah BN akan insaf dengan pembalasan Allah ini? Jawapannya, TIDAK! Semasa mereka dimalukan oleh rakyat seluruh dunia, mereka sedang merancang satu serangan baru seperti Zionis Israel. Kenapa saya menyamakan mereka dengan Zionis Israel? Hal ini bukan kerana APCO tetapi ianya kerana seorang Zionis Israel tidak kenal erti MALU! Serangan mereka kali ini bukan kepada rakyat jelata yang telah terhimpit dengan masalah kenaikan harga barang, bukan kepada masyarakat Kristian yang sudah terguris dengan isu Kalimah Allah dan bukan kepada rakyat seluruh dunia yang ketawa kepada pemimpin BN, tetapi serangan mereka kali ini ditujukan kepada Anwar Ibrahim! Mereka sudah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kebijaksanaan rakyat dan Pakatan Rakyat maka untuk menutup LUBANG MALU BESAR mereka, Anwar pula dijadikan mangsa. Tatkala media sosial dan laman sesawang hangat meghentam BN dengan isu KANGKUNG sehingga menyebabkan blogger, macai dan kutu BN MATI KUTU, media arus perdana pula tidak ingin mensensasikan isu ini. Seolah-olah tiada lagi harapan untuk blogger, macai dan kutu bangun melawan serangan bertubi-tubi rakyat dan Pakatan Rakyat dari segenap penjuru kiri, kanan, atas dan bawah! Ada macai BN yang berusaha keras untuk menangkis isu KANGKUNG tetapi senjata mereka AMPUH, ada yang cuba menjerat PR dengan lakaran karton mereka tetapi lawak mereka HAMBAR. Mereka tidak mampu menangkis setiap serangan Pakatan Rakyat. Malah, lakaran jenaka KANGKUNG yang dibuat oleh rakyat dan PR mendapat sambutan hangat danmenghiburkan sehingga ada juga penyokong dan ahli BN ketawa dalam senyap. Di pihak BN pula, setiap lakaran mereka untuk menangkis isu KANGKUNG hanyalah bersifat syok sendiri tanpa berfakta. Namun, apabila Anwar dilarang masuk ke Jepun, pihak BN yang lemah seakan-akan kembali bertenaga seperti termakan viagra MCA. Media arus perdana mula memainkan isu ini tanpa henti sehingga dipaparkan dalam akhbar kebangsaan. Senyum lebar orang BN.

Jadi, apa yang saya ingin sampaikan adalah, pihak BN, blogger, macai dan kutu mereka tidak akan berhenti selagi mereka masih bernyawa. Mereka tidak percaya kepada Allah sebab itu mereka bersikap SAKAI dalam isu Kalimah Allah. Mereka tidak akan serik dengan pembalasan Allah yang menyebabkan BN tulah. Biarkan BN menghentam PR dan Anwar Ibrahim kerana kita percaya, akan ada satu lagi TULAH besar akan menemui BN. Jika tidak sekarang, mungkin pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

No comments:

Post a Comment