Friday 30 May 2014

Episod 1: Dyana Sofya, Politik Baru dan DAP



Telok Intan merupakan daerah yang terletak di Kawasan Selatan Perak. Ianya terkenal dengan Menara Condong Telok Intan yang menjadi tarikan pelancong. Kerusi Parlimen Telok Intan merupakan kerusi campuran kerana tidak terdapat mana-mana kaum yang menjadi pengundi majoriti melebihi 50 peratus.

Selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 2013, terdapat sebanyak lima pilihan raya kecil (PRK) telah diadakan iaitu PRK Sungai Limau, PRK Kuala Besut, PRK Kajang, PRK Balingian dan PRK Bukit Gelugor. Kini, PRK Ke-6 terpaksa diadakan di P.76 Telok Intan berikutan kematian Ahli Parlimen Seah Leong Peng dari DAP akibat sakit kanser pada 30 April 2014. Pada PRU lepas, mendiang Seah memperolehi undi sebanyak 27,399 dalam perebutan tiga penjuru menewaskan Pengerusi Gerakan, Mah Siew Keong yang memperolehi undi sebanyak 20,086 dan calon bebas, K. Moralingam dengan undi sebanyak 279. Mendiang Seah memperolehi majoriti sebanyak 7,313 undi.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan hari penamaan calon bagi kerusi Telok Intan pada 19 Mei dan 31 Mei adalah hari membuang undi bagi mendapatkan Ahli Parlimen baru menggantikan mendiang Seah Leong Peng. Seramai 60,349 pemilih berdaftar yang layak mengundi pada PRK kali ini. Daripada 60,349 pengundi itu, sebanyak 23,301 (38.61%) merupakan pengundi Melayu, 25,310 (41.94%) pengundi Cina manakala pengundi India pula 11,468 orang (19.00%).

Memandangkan kerusi P.76 Telok Intan dimenangi oleh DAP pada PRu 2008 dan 2013, maka pimpinan Pakatan Rakyat telah sebulat suara bersetuju untuk meletakkan calon DAP manakala BN pula akan meletakkan calon Gerakan memandangkan kerusi tersebut secara tradisinya ditandingi oleh Gerakan. Kempen belum bermula, namun serangan peribadi dan fitnah dari penyokong Barisan Nasional telah awal dilancarkan. DAP masih belum menamakan calon mereka pada ketika itu tetapi terdapat angina bertiup kencang menyatakan bahawa Setiausaha Politik Lim Kit Siang iaitu Dyana Sofya Mohd Daud akan dicalonkan bagi mewakili DAP. Jentera propaganda BN begitu rajin menyerang Setiausaha Politik Lim Kit Siang itu sehinggakan nama beliau menjadi popular dan hamper melenyapkan nama calon dari BN. Serangan tersebut menyebabkan nama Dyana Sofya menjadi lebih popular biarpun tindakan BN itu dipandang serong oleh masyarakat Perak.


Dyana Sofya dan Gambar Palsu ‘Bikini’
Serangan pertama yang dilancarkan oleh penyokong BN terutamanya UMNO adalah dengan menuduh Dyana Sofya memakai bikini dan separuh telanjang. Perlu diingatkan, pihak UMNO amat gemar dengan susuk tubuh seseorang dan mereka menjadikannya sebagai modal politik meraka demi survival politik. Gambar kononnya Dyana Sofya memakai bikini itu tersebar luas seluruh Malaysia namun ianya sedikit sebanyak tidak mematahkan semangat DAP untuk bertanding secara budiman ataupun gentleman. UMNO dan BN tidak jauh dari seks dan lucah. Setiap kali berkempen, senjata kempen yang amat digemari oleh mereka adalah seks. Ianya semacam satu kemestian di pihak UMNO dan BN untuk menggunakan seks sebagai modal politik mereka. Mungkin ramai dikalangan penyokong UMNO dan BN ini kurang kasih sayang dari suami dan isteri mereka di ranjang (katil) menyebabkan mereka terpaksa menempiaskan nafsu serakah mereka untuk memuaskan diri mereka dalam bentuk politik. Biar apapun yang difitnah oleh BN, Alhamdulillah, Allah bersama dengan Pakatan Rakyat (PR) apabila gambar bikini itu terbukti bukan Dyana Sofya tetapi pelakon terkenal Filipina iaitu Pauleen. Apa yang menyedihkan adalah apabila gambar palsu Dyana Sofya ‘berbikini’ ditemui di masjid dan kampung-kampung Melayu di Telok Intan. Amat murah politik penyokong UMNO dan BN ini apabila sanggup ‘merogol’ mata mereka dengan melayari gambar lucah untuk dijadikan senjata rapuh mereka. Setiap perkara yang dilakukan dengan niat yang buruk, Allah tidak akan merestuai perbuatan tersebut. Tujuan untuk ‘membunuh watak’ Dyana Sofya ternyata menemui jalan buntu namun ianya tidak bermakna penyokong UMNO dan BN akan berhenti dari membuat kerja fitnah mereka.

 
Didikan kepada anak muda DAP
Dyana Sofya tidak melatah dengan perbuatan terkutuk penyokong UMNO dan BN itu. Beliau berjaya menepis satu per satu tuduhan fitnah yang dilemparkan oleh pihak lawan. Biarpun umur beliau hanya 27 tahun, namun pengalaman beliau sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang berjaya melindungi beliau dari termasuk ke dalam jerat dan perangkap penyokong UMNO dan BN. Umum mengetahui, DAP sentiasa melatih anak didik mereka untuk berfikiran positif, istiqamah dalam perjuangan, proaktif, tidak mudah putus asa dan berjiwa kental dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan dalam dunia politik. Sebab itu kita lihat DAP berjaya melahirkan ramai anak muda yang dilatih dan diangkat untuk menjadi wakil rakyat dalam usia yang sangat muda kerana mereka sudah dilatih dan dididik lebih awal sebelum berhadapan dengan dunia politik sebenar.

Pengumuman Dyana mengoncangkan UMNO dan BN
Akhirnya, masa yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia, pengumuman rasmi calon yang akan bertanding di PRK Telok Intan. Anehnya kali ini, rakyat Malaysia lebih berminat untuk mengetahui siapakah calon yang akan diketengahkan oleh DAP berbanding calon BN yang mana ianya mudah untuk dibaca dari kaca politk biasa bahawa BN semestinya akan meletakkan Presiden Gerakan. Seluruh media tanahair menantikan pengumuman rasmi dari Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Ianya merupakan sesuatu yang tidak disangkakan apabila DAP berjaya menarik tumpuan orang ramai buat julung kalinya dalam sejarah politik parti itu. Secara rasminya, seorang gadis Melayu dan juga peguam muda anak kelahiran Perak, Dyana Sofya Mohd Daud telah diumumkan oleh Lim Guan Eng sebagai calon Melayu DAP untuk PRK Telok Intan. Semestinya pengumuman Setiausaha Agung DAP itu memeranjatkan politikus UMNO dan BN secara keseluruhannya. Pengumuman itu telah menyebabkan UMNO dan BN secara rasminya TERGONCANG dan MATI PUCUK kerana selama ini UMNO dan BN giat mentarbiyyahkan ahli mereka untuk memomokkan masyarakat Malaysia bahawa DAP adalah parti Cina, parti anti-Melayu dan parti anti-Islam. Terbukti, dengan pengumuman itu, imej DAP yang dimomokkan oleh UMNO dan BN selama ini akan mula membersihkan imej DAP di mata rakyat Malaysia apatah lagi PRK kali ini akan mendapat liputan luas media Malaysia. Ianya sekaligus akan menarik lebih ramai anak muda Melayu untuk menyertai DAP dan strategi DAP ini tepat pada masanya untuk melahirkan lebih ramai anak muda Melayu professional untuk melibatkan diri mereka dalam politik merentasi kaum.


BN mati kutu
BN mati kutu untuk mengumumkan calon mereka. Pengumuman rasmi DAP telah menyebabkan UMNO dan BN tiba-tiba histeria. Mereka tidak dapat menerima hakikat apabila parti yang mereka momokkan selama ini sebagai parti Cina telah mengumumkan seorang anak muda Melayu sebagi calon DAP. Jika mereka mengumukan calon Melayu dari UMNO, maka mereka akan ditentang oleh parti rakan iaitu Gerakan. Jika mereka mengumumkan calon Cina dari Gerakan, maka mereka ianya akan menjadi senjata PR untuk melibas BN. Akhirnya, UMNO dan BN mengumumkan bahawa Presiden Gerakan, Mah Siew Keong, akan menjadi calon mewakili  BN di PRK Telok Intan. Jika DAP boleh meletakkan calon Melayu untuk mewakili parti mereka, mengapa pula Gerakan tidak dapat mencalonkan orang Melayu? Hal ini kerana Gerakan juga parti berbilang kaum namun setelah mereka menyertai BN, kehadiran orang Melayu dalam Gerakan hanya dilihat sebagai penghias tingkap atau window dressing. Dalam Gerakan, ada seorang Naib Presiden berbangsa Melayu iaitu Dr Asharuddin Ahmad namun mengapa beliau tidak diberi peluang untuk mewakili Gerakan yang kononnya dikatakan sebagai parti berbilang kaum?


Politik Baru dan Politik Lama
Pencalonan Dyana Sofya ternyata telah mengubah persepsi politik masyarakat Malaysia terhadap DAP. Ianya menunjukkan politik berasaskan perkauman tidak lagi relevan di abad ke-21. Selama ini, UMNO dan BN meletakkan calon Melayu di kawasan majoriti Melayu dan calon Cina di kawasan majoriti Cina. Selain itu, hanya orang Melayu yang dapat membela nasib Melayu, Cina membela nasib Cina, India membela nasib India dan Dayak membela nasib Dayak. Hakikatnya, pencalonan Dyana Sofya, seorang anak Melayu, di kawasan majoriti Cina memberi nafas baru dalam politik tanahair. Ianya membuktikan bahawa orang Melayu boleh membela nasib masyarakat Cina, orang Cina membela nasib masyarakat Melayu, orang India membela nasib Cina dan Melayu dapat direalisasikan jika politik perkauman dihapuskan. Istilah kaum itu jaga kaum itu dan kaum ini jaga kaum ini sudah tidak relevan kerana kita semua adalah Anak Malaysia. Apa yang penting, tujuan setiap parti politik adalah untuk menegakkan keadilan, menghapuskan amalan kronisma, nepotisma dan rasuah, membela rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik, membasmi kemiskinan, meningkatkan taraf ekonomi rakyat, menentang kezaliman dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia. Semoga pencalonan Dyana Sofya ini dapat mengubah landskap politik perkauman kepada politik bersama di Malaysia. Ayuh, kita bersatu sebagai satu Bangsa Malaysia. Kita pecahkan tembok perkauman yang dibina oleh BN!


UBAH! Bersihkan Malaysia!
UBAH! Selamatkan Malaysia!