Tuesday 28 January 2014

By-election is a waste of money? Corruption is a waste of money!

Why blamed Selangor for by-election alone? Why not blaming Sarawak for having both General Election and State Election separately every two years? Sarawak, as we all know, caused the Federal Government to spend millions of ringgit every two years just for election. Still, no one blame our Chief Minister, Abdul Taib Mahmud, for this an yet, keep on blaming PR especially Anwar who caused a by-election in Selangor for just one seat. If your organization have a problem, it is better to relinquish yout post to pave way for better candidate. Don't just because of one by-election, the whole country blame Anwar for this and not Taib. Like in Malay proverb, "kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak". My point here is, don't blame others for elections of by-elections, it is a process of democracy and Malaysia is a democratic country, although some say it is a pseudo-democratic country. Whatever it is, if we disagree with election rotation and by-election, why we want to live in Malaysia? Why don't we just migrate to China and living in a COMMUNIST country that doesn't hold any elections! Guys, this is politics!

Why blamed Anwar for wasting taxpayer's money for by-election? Why not blaming BN for spending billions of ringgit on mega projects? Do you know that our country waste not millions, but billions of ringgit for an unnecessary projects just to feed their cronies and supporters in order to stay in power? The rakyat is suffer by this projects which most of it being classified as 'sick projects'. In my point of view, the development of hydro dams is Sarawak is a major waste of money. Now you said a by-election is a waste of taxpayer's money? It will be a waste of money if you put someone that is useless, incapable, and corrupted. However, if you put the right person and very capable enough, he can be our savior to save the country! Anwar is not corrupt, not stupid and not greedy like his 'friends' in BN. Putting Anwar in the by-election is not a waste of money but a huge investment of money. What if Anwar didn't go for Permatang Pauh by-election last time, will PR won 89 seats now? Will Saabah and Sarawak delivered 8 seats for PR? Will PR ever knock-down BN fortress in Johor? Worst, will PR retain its power in Selangor? So, now PR already invest him for DUN Kajang, we may gain our profit buy capturing Putrajaya then. Just think positive guys!

Why blamed Anwar who has proven to be capable in financial management? Why not blaming Najib and Rosmah for over-spending? Still remember the cincin, beg and executive jets? To name a few, it can't fit the list. When Anwar become the Federal Finance Minister in 1992 to 1999 before he was ousted disgracefully by the then Prime Minister, Dr Mahathir Mohammad, he had shown a good track records in managing the country's money. There's surplus in our national budget and he even can control the fuel price. He try to save our money but unfortunately, his predecessor in Finance Ministry such as Daim Zainuddin-Mahathir Mohammad, Abdullah Ahmad Badawi-Dr Nor Mohamed Yakcop and Mohd Najib Abdul Razak-Ahmad Husni Hanadzlah had failed to reduced the fuel price and our cost of living. Instead, in Najib's era, the government spend lavishly on official function, entertainments for their own kinds and 'goodies' for their wives.

If Anwar become the next Mentri Besar, let it be. Give him a chance to prove himself on what he capable of. Of course there will be pro and cons for his decision but as a leader, he should be test. When he made a promised to reduced the fuel price if PR captured Putrajaya, no one seems to believe in him. Now, we are suffer for not giving Anwar the chance to deliver his promises and we, the common people or perhaps, the voters, have to wait another 4 years before the next GE. This is the time for the rakyat to see Anwar lead the most developed state in Malaysia to prove himself. Come one Malaysia, give Anwar a second chance to prove himself. He is the only one that can give a big headache to BN. Is better to have a by-election that can save the state like Selangor rather than putting someone that is corrupted as a candidate. Anwar must win this by-election to save Selangor and Malaysia as a whole!

Monday 27 January 2014

Analisis PRK DUN Kajang: Dari Perspektif Abdul Aziz Isa

Ramai orang terkejut mendengar perletakkan jawatan Lee Chin Cheh sebagai ADUN Kajang pada 27 Januri 2014. Perletakkan jawatan tersebut memberi laluan untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) di DUN Kajang dan ianya merupakan PRK yang ketiga selepas PRK DUN Kuala Besut di Terengganu dan PRK DUN Sungai Limau di Kedah. Kali ini, PRK akan diadakan di negeri Selangor. Ini juga merupakan PRK pertama di Selangor selepas PRK Parlimen Hulu Selangor sebelum Pilihan Raya UMUM (PRU) 2013 yang lalu.
 
DUN Kajang mempunyai jumlah pengundi seramai 39,030 pada PRU13 iaitu peningkatan sebanyak 9,162 pengundi atau 30.67 peratus berbanding PRU12 iaitu seramai 29,868 pengundi. Jika mengikut pecahan kaum, DUN Kajang mempunyai 48.48 peratus pengundi Melayu, 40.46 peratus pengundi Cina, 10.15 peratus pengundi India dan 0.91 pengundi pengundi lain-lain kaum pada PRU13 manakala pada PRU12, terdapat sebanyak 46.60 peratus pengundi Melayu, 44.10 peratus pengundi Cina, 8.70 peratus pengundi India dan 0.60 peratus pengundi lain-lain kaum. Hal ini bermakna, pengundi Melayu dan India menyaksikan peningkatan jumlah pengundi masing-masing sebanyak 1.88 peratus dan 1.45 peratus. Pengundi Cina mengalami sedikit penurunan sebanyak 3.64 peratus jumlah pengundi. Mari kita analisis pola pengundian DUN Kajang pada PRU12 dan PRU13.

Pada PRU 2013, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 6 penjuru antara Pakatan Rakyat (PR), Barisan Nasional (BN), Parti BERJASA, dan tiga Bebas.  PR meletakkan Lee Chin Cheh dari PKR yang merupakan bekas pemimpin Parti GERAKAN di Selangor, BN meletakkan Lee Ban Sang dari MCA, Parti BERJASA meletakkan Mohamad Ismail, dan tiga orang lagi merupakan calon bebas iaitu Mohd Khalid Kassim, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan Jefrey Abdul Majib. Calon PKR, Lee Chin Cheh, berjaya memperolehi 19,571 undi manakala pencabar terdekat beliau dari MCA, Lee Ban Sang, pula berjaya memperolehi 12,747 undi. Calon BERJASA, Mohamad Ismail, hanya memperolehi 1,014 undi manakala calon bebas Mohd Khalid, Ong Yan Foo dan Mohd Iwan masing-masing memperolehi 83 undi, 85 undi, dan 249 undi. Undi rosak pula sebanyak 541 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 34,290 atau 87.86 peratus. Lee Chin Cheh berjaya mengekalkan kemenangan PKR di DUN Kajang dengan majoriti sebanyak 6,824 undi.

Pada PRU 2008, kerusi DUN Kajang menyaksikan perlawanan 2 penjuru antara PR dan BN. PR meletakkan Lee Kim Sin dari PKR manakala BN meletakkan Datin Paduka Low Lee Seng dari MCA. Lee Kim Sin yang mencuba nasib beliau buat kali kedua ini (selepas PRU11) memperolehi undi sebanyak 13,220 manakala penyandang kerusi tersebut, Low Lee Seng, memperolehi undi sebanyak 9,952. Undi rosak pula sebanyak 560 menjadikan jumlah keseluruhan keluar mengundi sebanyak 23,732 atau 79.46 peratus. Lee berjaya menawan kerusi tersebut menerusi tiket PKR dengan majoriti sebanyak 3,268 undi.

Dari segi analisis undi, pada PRU13, PKR dan MCA masing-masing berjaya menambah jumlah undi sebanyak 6,351 atau 48.04 peratus dan 2,795 atau 28.08 peratus. Walaupun kedua-dua parti ini memperolehi peningkatan undi dari segi jumlah dan peratusan, MCA gagal merampas kerusi DUN Kajang dari PKR kerana jumlah peningkatan undi parti tersebut terlalu sedikit berbanding dengan PKR.  Bilangan keluar mengundi pula meningkat sebanyak 10,558 orang atau 44.49 peratus. Hal ini bermaksud PRU13 di DUN Kajang lebih hangat berbanding PRU12.

Perletakkan jawatan Lee Chin Cheh telah menimbul banyak spekulasi dari dalam dan luar parti bahawa tindakan beliau mengosongan kerusi tersebut adalah untuk memberi laluan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk bertanding untuk mengantikan jawatan Mentri Besar dari Tan Sri Khali Ibrahim. Lee Chin Cheh bertindak sedemikian ekoran terdapat kontoversi yang melanda pentadbiran PR di Selangor antaranya kenaikkan gaji ADUN dan Speaker DUN, pelan penstrukturan air dan kemuncaknya Azmin Ali digurgurkan dari Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Di kalangan polikus dan penganalisis politik, terdapat beberapa sebab Azmin Ali disingkirkan dari PKNS.

Pertama: Saranan penyokong Azmin agar beliau menjadi Mentri Besar selepas PR berjaya mengekalkan kuasa di Selangor pada PRU13 lepas

Kedua: Mengurangkan pengaruh Azmin dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid

Ketiga: Kelantangan penyokong Azmin yang dilihat semakin vokal mengkritik pentadbiran Tan Sri Khalid

Keempat: Mempopularkan Tan Sri Khalid agar beliau dilihat sebagai alternatif kuat mencabar Azmin untuk jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada bulan April ini.

Atas desakan penyokong Tan Sri Khalid dan Azmin ini, maka, terdapat satu cadangan agar DSAI dilantik sebagai Mentri Besar untuk mendamaikan kedua-dua pihak dan ini bermakna seorang ADUN harus berkorban untuk merealisasikan usaha ini. Lee Chin Cheh adalah orangnya dan beliau secara rela hati melepaskan kerusi tersebut agar DSAI dapat dicalonkan demi kesejahteraan pentadbiran PR di Selangor.

Pelawanan bakal bermula di DUN Kajang tidak lama lagi. Memandangkan kerusi tersebut telah dimenangi ole PR sebanyak dua kali, maka, calon yang akan bertanding di kerusi tersbut haruslah datang dari PKR. Pada 28 Januari 2013, PKR telah menamakan DSAI akan dicalonkan di DUN Kajang dan ini telah menguatkan lagi sepekulasi bahawa beliau akan menjadi Mentri Besar Selangor jika PKR berjaya mempertahankan kerusi DUN Kajang. Satu perkara masing belum terjawab, siapa pula calon BN di DUN Kajang? Adakah mereka akan mencalonkan semula Lee Ban Sang atau terdapat calon muka baru samada dari MCA ataupun UMNO? Mungkinkah UMNO akan mencalonkan Datuk Noh Omar, Ahli Parlimen Tanjong Karang memandangkan beliau sekarang bukan lagi seorang Menteri Perseketuan? Walaubagaimanapun, saya percaya pihak BN akan meletakkan calon yang tidak begitu kuat di DUN Kajang memandangkan lawan mereka bukan calang-calang orang. Sukar untuk BN menawan DUN Kajang dari PKR kerana DSAI mempunyai penyokong yang banyak di seluruh Malaysia iaitu 50.87 peratus. Mungkin terdapat sedikit penurunan undi untuk PKR kali ini kerana seperti biasa, apabila terdapat PRK, seluruh jenteran BN akan tertumpu di kawasan tersebut dan kita akan mendengar pelbagai janji-janji manis yang akan ditaburkan oleh BN. Namun saya percaya, tidak mustahil undi PKR akan melonjak naik biarpun PRK kerana sentimen anti-kerajaan sekarang semakin kuat kesan daripada polisi BN yang menaikkan harga barang, isu Kalimah Allah dan isu kangkung. Semestinya, BN juga akan memainkan isu Penceraian Nurul Izzah dan isu Jepun terhadap PKR kerana umum mengetahui, BN lebin gemar memainkan isu peribadi berbanding isu ekonomi, sosial dan politik yang diperjuangkan oleh PR.

Pakatan Rakyat terutamanya dari Sabah dan Sarawak harus bersedia untuk membantu DSAI kerana kemenangan dan kekalahan beliau akan memberi kesan kepada kita pada PRN Sarawak nanti. PR Sabah dan Sarawak harus membuktikan kesungguhan untuk menjadikan DSAI Perdana Menteri Malaysia pada PRU14. PR Semananjung juga perlu mengunakan khidmat dari Sabah dan Sarawak untuk menunjukkan solidariti memperjuang hak rakyat Malaysia. PR Semenanjung dan PR Sabah dan Sarawak saling memerlukan antara satu sama lain. Kesimpulan awal awal, peluang untuk BN menawan kerusi DUN Kajang adalah tipis dan PKR akan mengekalkan kerusi ini.

Sama-sama kita saksikan perlawanan ini.

Thursday 23 January 2014

Kangkung: Balasan Allah, Tulah BN

Pada PRU13, keputusan SPR menunjukkan bahawa BN telah menangi 133 kerusi dengan undi popular sebanyak 5.237,699 (47.38 peratus) manakala PR telah memenangi 89 kerusi dengan undi popular sebanyak 5,623,984 (50.87 peratus). Hakikat yang nyata, BN menang dengan kelalahan manakala PR kalah dengan kemenangan. Sebab itu kita lihat, semenjak BN 'menang', mereka seolah-olah telah hilang kemaluan. Hal ini menyebabkan BN dan ahli-ahlinya semakin menggila sehingga hilang sifat jantan mereka apabila berhadapan dengan RAKYAT! Apakan daya, 'hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong'. Mereka tanpa rasa malu telah memperBODOHkan rakyat jelata dengan propaganda mereka 24/7. Tidak cukup dengan kenaikan harga barang, dimain pula mereka isu Kalimah Allah. Namun, Allah Maha Adil. Pembalasan datang tidak mengira pangkat apabila Allah me'laknat'kan mulut CELUPAR pemimpin negara dengan perkataan KANGKUNG! Di situ, BN mula rasa malu dan ahli-ahli mereka tersangatlah MALU apabila RAKYAT pula memperBODOHkan pemimpin mereka dengan laungan KANGKUNG! Tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia yang mana pemimpin No.2 (kerana pemimpin No.1 negara adalah Yang Di-Pertuan Agong) diMALUkan oleh rakyat Malaysia sendiri. Walaupun Dr Mahathir dan Pak Lah tidak begitu disukai ramai namun mereka tidak pernah dimalukan sebegini. Bukan setakat itu, rakyat luar negara juga mentertawakan pemimpin KANGKUNG kita. Dek kerana bukan 'jantan', maka tidak berani mereka siarkan berita BBC. Inilah yang dinamakan sebagai 'TULAH'.
Walaubagaimanapun, adakah BN akan insaf dengan pembalasan Allah ini? Jawapannya, TIDAK! Semasa mereka dimalukan oleh rakyat seluruh dunia, mereka sedang merancang satu serangan baru seperti Zionis Israel. Kenapa saya menyamakan mereka dengan Zionis Israel? Hal ini bukan kerana APCO tetapi ianya kerana seorang Zionis Israel tidak kenal erti MALU! Serangan mereka kali ini bukan kepada rakyat jelata yang telah terhimpit dengan masalah kenaikan harga barang, bukan kepada masyarakat Kristian yang sudah terguris dengan isu Kalimah Allah dan bukan kepada rakyat seluruh dunia yang ketawa kepada pemimpin BN, tetapi serangan mereka kali ini ditujukan kepada Anwar Ibrahim! Mereka sudah ketandusan idea untuk berhadapan dengan kebijaksanaan rakyat dan Pakatan Rakyat maka untuk menutup LUBANG MALU BESAR mereka, Anwar pula dijadikan mangsa. Tatkala media sosial dan laman sesawang hangat meghentam BN dengan isu KANGKUNG sehingga menyebabkan blogger, macai dan kutu BN MATI KUTU, media arus perdana pula tidak ingin mensensasikan isu ini. Seolah-olah tiada lagi harapan untuk blogger, macai dan kutu bangun melawan serangan bertubi-tubi rakyat dan Pakatan Rakyat dari segenap penjuru kiri, kanan, atas dan bawah! Ada macai BN yang berusaha keras untuk menangkis isu KANGKUNG tetapi senjata mereka AMPUH, ada yang cuba menjerat PR dengan lakaran karton mereka tetapi lawak mereka HAMBAR. Mereka tidak mampu menangkis setiap serangan Pakatan Rakyat. Malah, lakaran jenaka KANGKUNG yang dibuat oleh rakyat dan PR mendapat sambutan hangat danmenghiburkan sehingga ada juga penyokong dan ahli BN ketawa dalam senyap. Di pihak BN pula, setiap lakaran mereka untuk menangkis isu KANGKUNG hanyalah bersifat syok sendiri tanpa berfakta. Namun, apabila Anwar dilarang masuk ke Jepun, pihak BN yang lemah seakan-akan kembali bertenaga seperti termakan viagra MCA. Media arus perdana mula memainkan isu ini tanpa henti sehingga dipaparkan dalam akhbar kebangsaan. Senyum lebar orang BN.

Jadi, apa yang saya ingin sampaikan adalah, pihak BN, blogger, macai dan kutu mereka tidak akan berhenti selagi mereka masih bernyawa. Mereka tidak percaya kepada Allah sebab itu mereka bersikap SAKAI dalam isu Kalimah Allah. Mereka tidak akan serik dengan pembalasan Allah yang menyebabkan BN tulah. Biarkan BN menghentam PR dan Anwar Ibrahim kerana kita percaya, akan ada satu lagi TULAH besar akan menemui BN. Jika tidak sekarang, mungkin pada Pilihan Raya Negeri Sarawak nanti.

Thursday 16 January 2014

Adakah Abdul Taib Mahmud akan menjadi TYT pada 28 Februari 2014?


Adakah Abdul Taib Mahmud akan menjadi TYT pada 28 Februari 2014?


Terdapat beberapa kemungkinan yang harus dipertimbangkan oleh Taib sebelum menjadi TYT Sarawak.

1) Jika Taib menjadi TYT pada 28 Februari 2014, maka beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak. Jelas kita akan ada Ketua Menteri Sarawak yang baru. Ramai yang lupa bahawa untuk sesorang itu menjadi TYT, beliau mestilah tidak memegang apa-apa jawatan lain. Maka, Taib terpaksa meletakkan jawatan beliau sebagai ADUN Balingian. Hal in kerana tempoh matang DUN Sarawak (3 tahun) jatuh pada 11 April 2014. Jika ada ADUN yang meninggal dunia, dipenjarakan setahun dan didenda melebihi RM2000 serta meletakkan jawatan sebelum genap tempoh 3 tahun selepas menjadi ADUN, Pilihan Raya Kecil wajib diadakan. Jika sebaliknya berlaku selepas genap tempoh 3 tahun, maka tidak perlu diadakan satu PRK. Katakan Taib menjadi TYT pada 28 Februari 2014, nescaya beliau terpaksa mencari seorang calon untuk menggantikan tempat beliau. Persoalannya sekarang, siapakah calon PBB yang akan diletakkan bertanding di DUN Balingian? Adakah beliau sanggup untuk melihat kawasan beliau menjadi rebutan antara BN dan PR? Jika BN menang, ianya akan menjadi bonus kepada mereka namun jika PR menang, ianya akan menjadi tamparan hebat kepada beliau.


2) Jika Taib tidak menjadi TYT selepas 28 Februari 2014, maka beliau terpaksa mencari seorang penganti bagi mengisi kekosongan jawatan TYT. Hal ini menyebabkan beliau terpaksa menunggu 2 tahun lagi untuk menjadi TYT dan saya merasakan beliau tidak akan sanggup untuk menunggu terlalu lama. Walaubagaimanapun, beliau boleh mencari seorang calon untuk menjadi Pemangku TYT sementara menunggu tarikh 11 April 2014 bagi mengelak berlakunya PRK DUN Balingian. Pemangku TYT tersebut akan memegang jawatan dalam tempoh mungkin 3 bulan dan Taib boleh melepaskan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Balingian pada 31 April 2014 dan mengangkat sumpah sebagai TYT pada 1 Mei 2013. Persoalannya sekarang, siapakah calon yang akan menjadi Pemangku TYT jika perkara ini berlaku? Di Sarawak, hanya Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sarawak dan Speaker DUN Sarawak sahaja yang layak menjadi Pemangku TYT untuk berberapa tempoh tertentu. Jika begitu, Taib terpaksa memilih Mohd Asfia Awang Nassar, Speaker DUN Sarawak sebagai Pemangku TYT Sarawak buat kali kedua.


3) Quartet A sedang menanti kerusi Ketua Mentei antaranya Alfred Jabu Numpang, Abang Johari Openg, Awang Tengah Ali Hassan dan Adenan Satem (atau mungkin Abdul Aziz Isa, sekadar gurauan tetapi tidak mustahil). Jika Jabu menjadi Ketua Menteri, ianya dapat mengurangkan ketegangan antara Abang Jo dan Awang Tengah namun melihat kepada umur Jabu, beliau mungkin dapat menjadi Ketua Menteri sehingga DUN Sarawak dibubarkan dan beliau tidak mungkin akan mengetuai BN pada Pilihan Raya Negeri Ke-11. Tidak mustahil juga selepas Taib, Jabu akan dilantik menjadi TYT Iban yang pertama di Sarawak. Jika Abang Jo menjadi Ketua Menteri, semestinya puak penyokong Awang Tengah tidak berpuas hati dan akan berlaku perlawanan 1 lawan 1 bagi merebut jawatan Presiden PBB pada tahun 2016 nanti dan ini juga akan memberi kesan buruk kepada PBB kerana PRN Sarawak harus diadakan selewat-lewatnya pada 20 Jun 2016 (Tempoh Tamat DUN). Namun begitu, Abang Jo dilihat lebih mudah untuk mengantikan Taib jika beliau (Taib) terpaksa demi menyelamatkan PBB kerana Abang Jo disukai oleh orang Iban. Jika Awang Tengah menjadi Ketua Menteri, puak penyokong Abang Jo tentunya tidak berpuas hati kerana berbanding Abang Jo dan Awang Tengah, kedudukan Abang Jo selaku Timbalan Presiden II lebih kanan (senior) berbanding Awang Tengah selaku Naib Presiden Kanan dan lebih muda (junior) dalam politik. Abang Jo yang sudah lama menjadi YB dari tahun 1978 dan dengan usianya beliau sekarang, 65 tahun semestinya beliau sudah merasakan lebih layak untuk dinaikkan sebagai Ketua Menteri berbanding Awang Tengah. Berbeza antara Awang Tengah dan Abang Jo, Awang Tengah diangkat menjadi YB di zaman Taib manakala Abang Jo diangkat menjadi YB di zaman Abdul Rahman Ya'kub. Jelas di sini menunjukkan agak berat hati untuk Taib melantik Abang Jo sebagai Ketua Menteri berbanding Awang Tengah. Jika Adenan menjadi Ketua Menteri, beliau kemungkinan besar akan ditentang oleh orang Dayak dalam PBB kerana tidak ramai orang Dayak menyukai Adenan sebagai seorang pemimpin akibat beberapa perkara yang dilakukan oleh beliau yang dilihat menguris hati orang Dayak dalam PBB semasa pemilihan parti yang menyaksikan perlawanan 1 lawan 1 antara beliau dan Abang Jo. Beliau merupakan bekas adik ipar Taib dan telah dikalahkan sebanyak 2 kali oleh Abang Jo kerana sebelum Awang Tengah menonjol, Adenan dilihat antara orang yang berpotensi untuk menggantikan Taib. Bila beliau kalah, Abang Jo dilihat lebih senior dari mana-mana pemimpin Melayu/Melanau dalam PBB selepas Taib. Walaupun Adenan dan Alfred Jabu berusia lebih 70 tahun, berbanding Alfred Jabu, Adenan mempunyai masalah kesihatan dan dalam ‘perlarian’ ini, beliau mungkin akan kalah.



4) Jika berlaku PRK DUN Balingian, PBB kemungkinan besar akan memanggil semula Mohd Effendi Narwawi ke persada politik tanah air. Hal ini kerana untuk menjadi Ketua Menteri, seseorang itu hendaklah menjadi ADUN bagi mana-mana kawasan terlebih dahulu. Selain Alfred, Abang Jo, Awang Tengah dan Adenan, Effendi juga merupakan antara calon yang bakal menggantikan Taib sebagai Ketua Menteri pada PRN 2006 namun malangnya, beliau menyatakan untuk berhenti dari politik pada PRU 2004. Walaubagaimanapun, beliau dilihat antara orang yang boleh mendamaikan puak penyokong Abang Jo dan puak penyokong Awang Tengah serta dapat membuat Adenan redha dengan ketentuan Illahi jika beliau dilantik menjadi Ketua Menteri. Jika ini benar-benar berlaku, Taib hendaklah melepaskan jawatan Ketua Menteri dan ADUN Balingian pada 28 Februari 2014 dan mengangkat sumpah sebagai TYT 28 Februari 2014 serta menamakan Alfred Jabu sebagai Ketua Menteri selama 3 bulan bagi mencukupkan syarat. Selepas Effendi menang di DUN Balingian, beliau boleh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri menggantikan Alfred Jabu. Persoalnnya sekarang, jika PR menang di DUN Balingian dan Effendi kalah dalam PRK tersebut, hal ini bermaksud Alfred Jabu ‘terpaksa’ memegang jawatan Ketua Menteri sehingga pembubaran DUN Sarawak berlaku.


Pada ketika itu, PBB hanya ibarat retak menanti belah. Mungkin Adenan dan Asfia boleh mengatur strategi baru. Sebenarnya, terdapat satu lagi puak penyokong pemimpin PBB yang bercita-cita tinggi untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak. Beliau pernah bergelar YB suatu ketika dahulu namun kehadiran beliau hanyalah dilihat sebagai orang suruhan Taib. Setakat ini, beliau berjaya membuatkan undi Daud Abdul Rahman merosot pada Pemilihan PBB tahun lepas sehingga mengakibatkan Daud gagal mempertahankan jawatan Naib Presiden. Beliau kini kian hebat mengumpul seberapa banyak penyokong yang mampu agar cita-cita beliau itu tercapai. InsyaAllah, beliau akan dicalonkan oleh PBB di DUN Tupong pada PRN Sarawak akan datang dan semestinya pencalonan beliau ini akan menjadikan DUN Tupong dalam keadaan bahaya yang memaksa pihak keselamatan untuk membuat kawalan rapi sepanjang tempoh berkempen.


Jadi, adakah Abdul Taib Mahmud akan menjadi TYT pada 28 Februari 2014? Hanya pandangan rawak saya. Sama-sama kita saksikan.   

Bahagian 3: Isu Kalimah Allah Sudah Berakhir?

Isu Kalimah Allah sudah berakhir? Di akhir artikel ini, saya akan memberitahu bagaimana cara kita hendak menangani isu Kalimah Allah ini supaya negara kita aman dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu ekonomi.

Seperti yang sudah diketahui umum, isu ini akan sentiasa berlarutan selagi pemimpin di Malaysia tidak menunjukkan keseriusan dalam menangani isu ini secara professional dan selagi kita masih melihat perbezaan antara umat Islam dan Kristian. YA! Memang dari segi agama, kita berbeza pendapat mengenai aqidah dan Tuhan yang kita sembah tetapi apakah perbezaan itu menjadi alasan untuk kita bergaduh sesame manusia? Adakah perbezaan itu menghalalkan kita menghina agama lain tanpa memikirkan sensitiviti rakyat Malaysia? Adakah perbezaan itu membuka pintu untuk golongan majoriti menindas golongan minority? Semenjak kebelakangan ini, isu ini telah menyebabkan kita hilang sifat keperikemanusiaan. Bukankah agama Islam dan Kristian mengajar pengikutnya untuk saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati dan menjunjung kedamaian?

Kekecohan isu Kalimah Allah menyebabkan hubungan umat Islam dan Kristian tegang sehinggakan terdapat golongan berkepentingan politik sengaja mengapi-apikan keadaan dengan berniat untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Gereja! Ini sudah melampau kerana dalam Islam melarang umatnya mengacau penganut lain semasa mereka sedang bersembahyang! Apa perasaan kita selaku umat Islam jika kita sedang khusyuk sembahyang Jumaat tiba-tiba terdapat sekumpulan penganut Kristian berhimpun dan berdemonstrai di hadapan Masjid? Marah dan rasa terhina? Kalau kita marah dan rasa terhina, begitu juga perasaan penganut Kristian kerana kita adalah manusia yang mempunyai akal dan perasaan. Kalau kita hendak dihormati maka kita kena menghormati orang lain juga.

Allah adalah Tuhan Sekalian Alam
Kalimah Allah adalah kalimah milik seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Jelas di sini menunjukkan bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam yang menciptakan apa yang ada di langit dan di bumi. Adakah manusia bukan beragama Islam bukan ciptaan Allah? Jika ada yang masih berdegil menyatakan bahawa Allah hanya untuk orang Islam, maka bolehkah kita kategorikan golongan ini sebagai syirik kerana mempercayai ada Tuhan yang menciptakan manusia bukan beragama Islam? Perka ini harus difahami oleh umat Islam dan Kristian. Jika tidak, pihak berkepentingan akan mempolitikkan isu ini untuk melaga-laga kedua-dua penganut agama ini. Jika kedua-dua umat Islam dan Kristian diberitahu bahawa Allah adalah Tuhan sekalian alam, nescaya perkara seperti Kalimah Allah ini tidak akan timbul.

Kerajaan bertindak sebegitu kerana mereka jahil.
Apabila negara ini diperintah oleh orang bangang dan disokong oleh orang bangang, jangn harap mereka akan membaca dan memahami intipati al-Quran. Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari ‘International Union for Muslim Scholars’ yang juga merupakan Ulama’ tersohor di dunia mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian alam, dan bukan hanya umat Islam.

Beliau menjelaskan lagi bahawa “perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala : (Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan dikembalikan). “

Mengulas senario di Malaysia dan peristiwa serangan ke atas beberapa buah gereja, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim, Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”

Jangan jadi Melayu, jadilah Islam
            Apa yang menjadi kekeliruan rakyat selama ini adalah bangsa Melayu merupakan bangsa paling mulia dan paling istimewa sehingga mereka lupa bahawa Islam lebih mulia dan sempurna. Paling sedih apabila orang Melayu sendiri hayal dibuai oleh laungan HIDUP MELAYU dan retorik KETUANAN MELAYU. Melayu hanyalah ciptaan oleh manusia untuk membezakan mereka daripada bangsa lain dari segi fizikal, budaya, kepercayaan dan bahasa. Begitu juga bangsa Arab, Yahudi, Afrika, Jepun dan sebagainya. Hal ini kerana semasa Nabi Adam a.s dicipta, Baginda tidak mempunyai bangsa. Tidak ada dalam mana-mana sejarah Islam yang menyatakan bahawa Nabi Adam a.s adalah dari bangsa Arab, Parsi atau apa-apa sekalipun bangsa yang ada dan pernah ada di dunia ini. Maka, apakah hebat sangat kita membanggakan diri kita sebagai Melayu tetapi bersikap zalim dan kejam kepada bangsa lain? Apakah kerana majoriti Melayu itu Islam maka kita menidakkan bangsa Cina, India dan Borneo yang memeluk agama Islam? Apakah orang Melayu yang dari lahir lagi sudah Islam menjaminkan bangsa Melayu itu tahu segala-galanya mengenai Islam? Apakah golongan mualaf (memeluk Islam) tidak dapat menyaingi ilmu orang Islam asal? Melayu sekarang menghampiri kesesatan keran bersikap assabiyah. Mereka lebih menjunjung keMELAYUan mereka sehingga jahil dengan mengenepikan ISLAM. Jika kita mengangkat Islam lebih dari Melayu, nescaya kita tidak akan menindas golongan Kristian yang menggunakan Kalimah Allah kerana dalam Islam sendiri tidak pernah melarang penganut agama lain selain Islam dari menggunakan Kalimah Allah.

Tuesday 7 January 2014

Bahagian 2: Isu Kalimah Allah Sudah Berakhir?

Perbicaraan kes Kalimah Allah di Mahkamah Rayuan masih berjalan seperti biasa. Pada 17 Oktober 2013, Pakatan Rakyat menegaskan bahawa mereka tetap dengan pendiriannya agar orang bukan Islam boleh menggunakan Kalimah Allah. Malah, Presidan PAS, Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa orang Islam TIDAK MENGHALANG penganut agama lain menggunakan Kalimah Allah dalam agama mereka. Selama 10 bulan penganut Kristian ditindas, dihina dan dicaci namun Alhamdulillah, masih ramai lagi MAJORITI orang Islam yang berfikiran waras di Malaysia yang mempertahankan hak kebebasan beragama di Malaysia. Namun keesokkan harinya, 18 Oktober 2013, apabila pihak PERKASA melihat perbicaraan tersebut seakan-akan memberi kemenangan kepada pihak Gereja Roman Katolik, PERKASA mula naik tocang dengan mengharamkan Kitab Bible dalam Bahasa Melayu di Malaysia.  Nampak tidak bahawa mereka cuba mencari hujah ‘point’ lain untuk memanjangkan isu ini sehinggakan rakyat pun terkeliru. Mereka terpaksa membuat desakan baru, kali ini ke atas Bible pula kerana dikhuatiri jika keputusan Mahkamah Rayuan berpihak kepada Gereja Roman Katolik, taring dan modal politik PERKASA akan hilang dan ianya akan menjadi lebih sukar bagi mereka meneruskan survival politik mereka. Pada 21 Oktober 2013, tiga hari selepas PR membuat kenyataan rasmi berhubung Kalimah Allah, Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi bergegas mengeluarkan kenyataan bahawa larangan terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ hanya terhad kepada penerbitan “Herald”. Sekurang-kurangnya kenyataan Ahmad Zahid ini sedikit sebanyak dapat meleraikan kekeliruan yang telah dibuat oleh PERKASA. Pada hari yang sama, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak memberitahu bahawa Kristian di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan Kalimah Allah! Astargfirullah, ini lagi mengelirukan! Kes ini hanya melibatkan terbitan “Herald” dan tidak ada kena-mengena dengan Bible. Terdapat dua kekeliruan rakyat di sini, pertama, PERKASA kata haramkan Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah, dan kedua, Mohd Najib kata tidak ada larangan penggunaan Kalimah Allah di Sabah dan Sarawak! Hujah yang pertama, kalau terbitan “Herald” yang menjadi beban bukti atau burden of proof, kenapa hendak melibatkan Bible? Hujah yang kedua, kalau Sabah dan Sarawak boleh guna Kalimah Allah, kenapa tidak di Semananjung Malaysia? Apakah kerajaan di bawah Mohd Najib bersikap double standard atau hendak mengekalkan Sabah dan Sarawak sebagai fixed deposit demi kepentingan politik beliau? Adakah keputusan beliau selaku Ketua dalam Badan Eksekutif lebih boleh hijacked keputusan Badan Kehakiman?
 
Kita tolak kekeliruan dari PERKASA tetapi kita lihat kata-kata Ahmad Zahid dan Mohd Najib. Ahmad Zahid berkata larangan hanya kepada “Herald”, Mohd Najib kata tiada larangan di Sabah dan Sarawak. Hendak melihat perkara yang lebih mengelirukan lagi? Pada 24 Oktober 2013, KDN telah menahan sejumlah 2,000 naskah "Herald " di Sabah sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu! Apakah ini merupakan tindakan sabotaj Ahmad Zahid ke atas keputusan Mohd Najib untuk mencalarkan imej beliau menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013? Kemudian, 3 hari selepas itu iaitu pada 27 Oktober 2013, KDN telah membatalkan arahan penahanan terhadap 2,000 naskah “Herald” itu selepas menjalankan siasatan. Kenapa KDN mengambil masa sehingga 3 hari untuk membuat keputusan membatalkannya? Apakah Mohd Najib ada memberi amaran kepada Ahmad Zahid untuk tidak mensabotaj keputusan beliau? Pada 28 Oktober 2013, Ahmad Zahid bertegas dengan bahawa Kalimah Allah kandungannya tidak boleh digunakan oleh Akhbar Mingguan Katolik, “Herald”. Ini bukan untuk mengelirukan rakyat tetapi ianya ditulis untuk mendedahkan KRONOLOGI KEKELIRUAN terhadap isu Kalimah Allah.

Kalimah Allah adalah hak semua manusia yang ada di muka Bumi ini. Selagi mereka diciptakan oleh Allah dan selagi mereka ini dinamakan manusia, tiada siapa pun yang ada HAK untuk menidakkannya. Penggunaan Kalimah Allah telah digunakan oleh penganut agama Yahudi dan Kristian sejak zaman berzaman sebelum kedatangan Islam lagi. Malah, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang agama Yahudi dan Kristian dari menggunakan Kalimah Allah bahkan mereka bebas mengamalkan ajaran mereka di bawah pemerintahan Islam. Penganut agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan Kalimah Allah di zaman Rasulullah bukan sahaja diberi kebebasan beragama malah mereka dijamin pelindungan oleh Islam selagi mana mereka tidak memusuhi Islam. Tidak pernah kita dengar Yahudi atau Kristian dibunuh kerana menggunakan Kalimah Allah dibawah pemerintahan Islam. Hal ini kerana Islam di zaman Rasulullah mengajar kita untuk bersikap adil dan berperikemanusiaan. Berbeza dengan sikap Islam di zaman UMNO, mereka bukan sahaja bersikap tidak adil dan tidak berperikemanusiaan, malah jauh dari itu, mereka bersikap seperti ZIONIS dan BINATANG YANG RAKUS SEX! Kenapa mereka layak digelar BINATANG? Manusia dan binatang kedua-duanya mempunyai otak cuma bezanya manusia diberikan AKAL oleh Allah s.w.t manakala binatang tidak. Manusia diberi AKAL untuk BERFIKIR supaya tidak JAHIL. UMNO dan PERKASA pula ada OTAK tetapi TIDAK mempunyai AKAL!

Apa yang PALING mengelirukan adalah jika perkataan “Allah” boleh digunakan di “Herald” kenapa pula Kitab Bible yang dirampas? Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini telah mencemarkan imej Islam di mata orang bukan Islam. Seperti saya pernah tulis dala Bahagian 1, jika kerajaan betul-betul ikhlas dalam menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya duduk berbincang secara ilmiah dan diplomatik! Kenapa masih lagi tidak faham dengan ayat diplomatik? Saya melihat perkara ini lebih kepada sentimen perkauman dan agenda politik sesetengah pihak. Tidak perlu saya rungkaikan sentiment perkauman kerana telah ditulis. Kenapa saya melihatnya lebih kepada agenda politik? Sebelum itu, kenapa JAIS yang terletak dibawah bidang kuasa Negeri merampas dan bukannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terletak dibawah bidang kuasa Perseketuan? Jika JAKIM merampas, rakyat akan menyalahkan UMNO dan BN maka jika JAIS merampas, rakyat akan menyalahkan PKR dan PR. Dengan tindakan JAIS ini, maka lebih mudah untuk macai-macai dab balaci-balaci UMNO, PERKASA dan BN menunding jari pada PKR dan PR. Namun, Alhamdulillah, rakyat Malaysia yang beragama Islam dan Kristian tidak sebodoh yang disangkakan oleh Pak Menteri di Malaysia yang umum mengetahuai otak mereka ini BODOH kerana semuanya “KELUAR DARI MALAYSIA”! Allah s.w.t melindungi hambanya yang teraniaya dan kes (dalam konteks politik) ini, hamba yang teraniaya adalah PKR dan PR. Rakyat tahu ini merupakan satu agenda politik UMNO dan BN untuk menjadikan PKR sebagai mangsa keadaan. Buktinya? Cuba kita lihat permainan politik BN. Di pihak UMNO, ini merupakan modal untuk mereka mengadakan DEMONSTRASI besar-besaran terhadap orang Kristian kerana dengan adanya demonstrasi tersebut, ramai dikalangan ahli UMNO akan menunjuk taring Dracula dan belang harimau mereka di depan pemimpin UMNO. Hal ini akan mudah pihak UMNO mengidentifikasikan dan mencari bakal-bakal calon UMNO yang akan diketengahkan pada PRU14. Tiba-tiba, pihak UMNO yang diketuai oleh Noh Omar membuat U-turn apabila mereka pula yang mengarahkan polis untuk bertindak menahan mereka yang membuat rusuhan. Dalam sekelip mata, beliau bertindak seolah-olah seperti beliau adalah HERO dan tindakan beliau itu saya lihat hanya sekadar mainan politik. Jika beliau teruskan, orang Selangor akan makin benci UMNO dan peluang untuk beliau menjadi Menteri Besar Selangor tipis. Jika beliau tidak teruskan, beliau seolah-olah menginginkan satu PUJIAN BESAR dari pihak Kristian dan mendapat sembah dari orang Kristian! Apakah Noh Omar fikir orang Kristian dan Islam SEBODOH beliau? Sepekara lagi kita lihat, agenda politik BN semakin terserlah. Perasan atau tidak, semasa UMNO hendak membuat demonstrasi, MCA memberi teguran dan bila Noh Omar mengumumkan pembatalan demonstrasi, MCA memberi pujian? MCA menyalahkan DAP pula dalam kes ini dan tujuan mereka tidak lain tidak bukan adalah untuk menarik semula sokongan orang Cina yang telah berpaling tadah dari MCA.Nampak tak silap mata di situ? PUJIAN untuk UMNO satu, PUJIAN untuk MCA satu. Lihat bagaimana pihak UMNO dan PERKASA mencari modal politik dan bagaimana MCA bersengkongkol dengan UMNO? Sampai bila isu Kalimah Allah ini akan berlarutan?