Isu Kalimah Allah sudah berakhir? Di
akhir artikel ini, saya akan memberitahu bagaimana cara kita hendak menangani
isu Kalimah Allah ini supaya negara kita aman dan memberi tumpuan sepenuhnya
kepada isu ekonomi.
Seperti yang sudah diketahui umum, isu
ini akan sentiasa berlarutan selagi pemimpin di Malaysia tidak menunjukkan
keseriusan dalam menangani isu ini secara professional dan selagi kita masih
melihat perbezaan antara umat Islam dan Kristian. YA! Memang dari segi agama,
kita berbeza pendapat mengenai aqidah dan Tuhan yang kita sembah tetapi apakah
perbezaan itu menjadi alasan untuk kita bergaduh sesame manusia? Adakah
perbezaan itu menghalalkan kita menghina agama lain tanpa memikirkan
sensitiviti rakyat Malaysia? Adakah perbezaan itu membuka pintu untuk golongan
majoriti menindas golongan minority? Semenjak kebelakangan ini, isu ini telah
menyebabkan kita hilang sifat keperikemanusiaan. Bukankah agama Islam dan
Kristian mengajar pengikutnya untuk saling kasih-mengasihi, hormat-menghormati
dan menjunjung kedamaian?
Kekecohan isu Kalimah Allah
menyebabkan hubungan umat Islam dan Kristian tegang sehinggakan terdapat
golongan berkepentingan politik sengaja mengapi-apikan keadaan dengan berniat
untuk mengadakan demonstrasi di hadapan Gereja! Ini sudah melampau kerana dalam
Islam melarang umatnya mengacau penganut lain semasa mereka sedang
bersembahyang! Apa perasaan kita selaku umat Islam jika kita sedang khusyuk
sembahyang Jumaat tiba-tiba terdapat sekumpulan penganut Kristian berhimpun dan
berdemonstrai di hadapan Masjid? Marah dan rasa terhina? Kalau kita marah dan
rasa terhina, begitu juga perasaan penganut Kristian kerana kita adalah manusia
yang mempunyai akal dan perasaan. Kalau kita hendak dihormati maka kita kena
menghormati orang lain juga.
Allah adalah Tuhan
Sekalian Alam
Kalimah Allah adalah kalimah milik
seluruh umat manusia, bukan milik umat Islam semata-mata. Ini dinyatakan jelas
menerusi surah yang menjadi pembuka bagi kitab Al-Quran, الحمد لله رب العالمين iaitu segala pujian hanyalah bagi
Tuhan sekalian alam, bukan Tuhan sekalian umat Islam. Jelas di sini menunjukkan
bahawa Allah itu adalah Tuhan sekalian alam yang menciptakan apa yang ada di
langit dan di bumi. Adakah manusia bukan beragama Islam bukan ciptaan Allah?
Jika ada yang masih berdegil menyatakan bahawa Allah hanya untuk orang Islam,
maka bolehkah kita kategorikan golongan ini sebagai syirik kerana mempercayai
ada Tuhan yang menciptakan manusia bukan beragama Islam? Perka ini harus
difahami oleh umat Islam dan Kristian. Jika tidak, pihak berkepentingan akan
mempolitikkan isu ini untuk melaga-laga kedua-dua penganut agama ini. Jika
kedua-dua umat Islam dan Kristian diberitahu bahawa Allah adalah Tuhan sekalian
alam, nescaya perkara seperti Kalimah Allah ini tidak akan timbul.
Kerajaan bertindak
sebegitu kerana mereka jahil.
Apabila negara ini diperintah oleh
orang bangang dan disokong oleh orang bangang, jangn harap mereka akan membaca
dan memahami intipati al-Quran. Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi, Presiden dari
‘International Union for Muslim Scholars’ yang juga merupakan Ulama’ tersohor
di dunia mengutuk kejadian yang berlaku antara Muslim dan Kristian di beberapa
buah negara Arab dan Islam, dan serangan ke atas beberapa buah gereja
membuktikan bahawa peristiwa-peristiwa itu disebabkan oleh ketidak fahaman dan
kejahilan, bukanlah dari amalan orang Islam. Serangan terhadap beberapa buah
gereja di Malaysia adalah berpunca dari penggunaan lafaz ‘Allah’ yang mulia
oleh orang Kristian adalah tidak sesuai kerana Allah adalah Tuhan sekalian
alam, dan bukan hanya umat Islam.
Beliau menjelaskan lagi bahawa
“perbezaan manusia menganut bermacam-macam agama tidaklah memisahkan kita (umat
Islam) dengan orang kafir di dunia ini, tetapi Allah akan memisahkan (di antara
Muslim dan Kafir) pada hari kiamat kelak sebagaimana firman Allah Taala :
(Sekiranya mereka (orang-orang kafir) membantahi kamu (wahai Muhammad) maka
katakanlah Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan * Allah yang akan
menghukum kamu pada hari kiamat berkaitan apa yang kamu perselisihkan (Allah
adalah Tuhan kami dan Tuhan kamu untuk kami, dan setiap pekerjaan kami untuk
kami dan perbuatan kamu adalah untuk kamu, tidak ada hujah di antara kami dan
kamu dan Allah mengumpulkan kita semua dan hanya kepada-Nya kita akan
dikembalikan). “
Mengulas senario di Malaysia dan
peristiwa serangan ke atas beberapa buah gereja, Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi
berkata: “Serangan-serangan yang terjadi pada gereja-gereja di Malaysia adalah
tidak tepat,” mencela alasan yang menyebabkan berlakunya peristiwa itu iaitu
penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian dalam penterjemahan. Beliau
berkata: “Wahai saudara, Allah merupakan Tuhan semua alam, Tuhan kepada Muslim,
Kristian, orang Arab, Parsi… Oleh itu lihatlah ayat pertama Al-Quran selepas
Bismillah dan الحمد لله رب العالمين dan lihatlah pada surah terakhir
dalam Al-Quran Allah berfirman “Katakanlah (wahai Muhammad) Aku berlindung
daripada tuhan sekalian manusia” bukan Tuhan orang Muslim,bukan juga Tuhan
orang Arab atau majikan, atau Raja Arab, bukan juga Tuhan yang orang Arab
sembah, “ justeru beliau tertanya-tanya: “Mengapa orang-orang Malaysia sejak
kebelakangan ini tidak selasa (penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Kristian) ?!”
Jangan jadi Melayu,
jadilah Islam
Apa yang
menjadi kekeliruan rakyat selama ini adalah bangsa Melayu merupakan bangsa
paling mulia dan paling istimewa sehingga mereka lupa bahawa Islam lebih mulia
dan sempurna. Paling sedih apabila orang Melayu sendiri hayal dibuai oleh
laungan HIDUP MELAYU dan retorik KETUANAN MELAYU. Melayu hanyalah ciptaan oleh
manusia untuk membezakan mereka daripada bangsa lain dari segi fizikal, budaya,
kepercayaan dan bahasa. Begitu juga bangsa Arab, Yahudi, Afrika, Jepun dan
sebagainya. Hal ini kerana semasa Nabi Adam a.s dicipta, Baginda tidak
mempunyai bangsa. Tidak ada dalam mana-mana sejarah Islam yang menyatakan
bahawa Nabi Adam a.s adalah dari bangsa Arab, Parsi atau apa-apa sekalipun
bangsa yang ada dan pernah ada di dunia ini. Maka, apakah hebat sangat kita
membanggakan diri kita sebagai Melayu tetapi bersikap zalim dan kejam kepada
bangsa lain? Apakah kerana majoriti Melayu itu Islam maka kita menidakkan
bangsa Cina, India dan Borneo yang memeluk agama Islam? Apakah orang Melayu
yang dari lahir lagi sudah Islam menjaminkan bangsa Melayu itu tahu
segala-galanya mengenai Islam? Apakah golongan mualaf (memeluk Islam) tidak
dapat menyaingi ilmu orang Islam asal? Melayu sekarang menghampiri kesesatan
keran bersikap assabiyah. Mereka lebih menjunjung keMELAYUan mereka sehingga
jahil dengan mengenepikan ISLAM. Jika kita mengangkat Islam lebih dari Melayu,
nescaya kita tidak akan menindas golongan Kristian yang menggunakan Kalimah
Allah kerana dalam Islam sendiri tidak pernah melarang penganut agama lain
selain Islam dari menggunakan Kalimah Allah.
No comments:
Post a Comment