Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam UBAH!
Masih ingat lagikah kita sejarah permulaan Kalimah Allah? Isu ini
tercetus pada 1 Julai 2009 apabila pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) menghantar
surat kepada Gereja Roman
Katolik Kuala Lumpur, yang menyatakan bahawa terbitan "Herald - The
Catholic Weekly " adalah dilarang daripada menggunakan perkataan
"Allah " dalam Bahasa Melayu. Pada 16 Disember 2009, pihak Gereja
Roman Katolik Kuala Lumpur membuat permohonan kepada Mahkamah Tinggi Malaya,
Kuala Lumpu, untuk mengisytiharkan bahawa keputusan KDN tersebut adalah haram.
Para 31 Disember 2009 pula, Mahkamah Tinggi Malaya memutuskan bahawa akhbar “Herald”
boleh meneruskan penggunaan perkataan “Allah”. Tiga peristiwa ini mula
disensasikan oleh pihak media dan MODAL POLITIK parti pemerintah terutamanya
UMNO dan rakan mereka iaitu PERKASA. Dengan menunjukkan HERO mereka, maka “berpestalah
mereka ke pagi botol bergelimpangan” untuk memulakan sengketa ke atas orang
Kristian. Mereka mempersiap-siagakan untuk menghasut umat Islam yang berfikiran
waras untuk bangkit menentang penggunaan Kalimah Allah. Niat mereka jelas buruk
seperti telur buruk apabila bertindak agresif dengan mengapi-apikan umat Islam
dan Kristian di Malaysia. UMNO yang melaungkan slogan 1Malaysia ternyata
merupakan PARTI PENIPU paling besar di Malaysia apabila mereka mendiamkan diri
dengan tindakan segelintir pihak yang cuba mengapi-apikan umat Islam dan
Kristian.
UMNO seolah-olah merestui dan
mengHALALkan perbuatan babarik (barbarian) mereka ini. Jika pihak kerajaan
ikhlas menangani isu ini dan lebih mementingkan keamanan, mereka seharusnya
menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah ataupun secara tertutup dan melarang
pihak media mensensasikan isu ini. Pihak KDN boleh memanggil Ketua Gereja Roman
Katolik, Ketua Gereja Anglican Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan dan Tokoh
Ulama’ untuk berbincang dan mendapatkan penjelasan dari mereka. Bukankah cara
begitu lebih mudah dan dapat mengelakkan ketegangan agama di Malaysia? Perkara
ini dapat dibawa bincang secara ilmiah dan diplomatic dan seiring dengan slogan
WASSATIYYAH! Akan tetapi, kenapa mereka tidak berbuat demikian? Mereka
ketandusan publisiti kerana terpaksa berhadapan dengan gejala rasuah, skandal,
penyelewangan, salahguna kuasa, kemelesetan ekonomi, gejala sosial, jenayah,
dan pelbagai lagi, maka, mereka TERPAKSA mengadaikan slogan 1Malaysia demi
mencari publisiti yang akan menaikkan darah umat Islam di Malaysia. MANA PERGI
SLOGAN WASSATIYYAH? Allah Maha Adil dan Maha Mengetahui niat buruk mereka
apabila keputusan pihak Mahkamah Tinggi Malaya memihak kepada Gereja Roman
Katolik, ianya memberi kegembiraan kepada penganut Kristian di Malaysia dan ramai
rakyat Malaysia ingat perkara tersebut sudah selesai dan Malaysia akan kembali
aman. Pihak ekstremis dan macai-macai ini masih tidak berpuas hati dengan
keputusan Mahkamah Tinggi Malaya dan mendesak pula pihak kerajaan untuk
memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan. Mereka menghasut pula kerajaan sehingga
kerajaan terpaksa tunduk dan akur dengan tuntutan balaci-balaci dan macai-macai
ini kerana jika tidak, mereka akan tersungkur pada Pilihan Raya Umum (iaitu
pada tahun 2013). KDN memfailkan rayuan pada bulan Januari 2010 di Mahkamah
Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Malaya.
Pihak macai-macai dan balaci-balaci ini
tentunya tidak senang duduk apabila mereka tidak putus-putus menghangatkan isu
ini seolah-olah merekalah HERO ISLAM dengan menggunakan songkok biarpun kehidupan
mereka tidak begitu ISLAMIK asalkan mereka mendapat populariti dan dilihat oleh
orang kampung sebagai PENYELAMAT BANGSA DAN NEGARA! UMNO dan PERKASA pula
terkinja-kinja mempertahankan Islam sedangkan umum mengetahui bahawa UMNO dan
PERKASA ini adalah golongan yang tidak mempunyai nilai sopan santun kepada
jiran, tidak ada hati perut, berjiwa kotor, tamak dan rakus dalam perilaku
perangai mereka. Mereka tergamak bersekongkol dengan para pemfitnah akhir zaman
mendedahkan aib seorang suami dan seorang bapa kerana mereka berjiwa zalim
sehingga sanggup menganiayai seorang isteri belasan tahun! Mereka menjadikan
ISLAM itu sebagai modal politik dan bukan sebagai modal berdakwah dan berdamai.
Jika boleh ke satu tahap yang paling ekstrem, mereka hendak Allah menjadi ahli
UMNO! Ini tidak mustahil diutarakan oleh mereka jika mereka sudah sanggup
mempergunakan agama demi kepentingan modal politik! Sebab hati mereka sudah
BUTA!
Kalau anda perasan, pada tahun 2012,
tidak banyak isu Kalimah Allah berkumandang di kaca televisyen dan media massa.
Hal ini kerana tempoh Barisan Nasional dalam tampuk pemerintahan untuk penggal
keduabelas akan tamat pada tahun 2013. Mereka menutup isu ini dengan pemberian
Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA), Bantuan
Lesen 1Malaysia (BL1M), dan banyak lagi im im im yang lain sehingga sukar untuk
diingati. Pemberian tersebut adalah untuk mengubatkan hati rakyat buat
sementara waktu. Perangai BN ini seperti DOKTOR JAHAT. Mereka suruh pesakit (rakyat)
makan gula, garam dan makanan laut banyak-banyak supaya pesakit itu jatuh sakit
dan marah kepada doctor kerana menyebabkan mereka sakit. Kemudian, doktor datang
memberi pelbagai jenis ubat (rasuah dan wang) yang tidak berapa mujarab atau
berkesan untuk merawat pesakit tersebut sehingga sembuh. Apabila sudah sembut,
pesakit pun tidak lagi marah dan berterima kasih dengan doktor sehingga mencium
cincin doktor. Pesakit bayar dan berlalu pergi, yang penting doktor dapat duit.
Namun, pesakit itu datang lagi kerana jatuh sakit akibat dari ubat yang
diberikan tidak mujarab. Proses ini akan berulang-ulang agar doktor tersebut
dapat sentiasa menjana wang (kepentingan politik) sehinggalah pesakit itu mati
(rakyat mati ditindas) maka doktor akan mencari mangsa seterusnya
No comments:
Post a Comment