Bismillahirahmanirahim.
Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam UBAH!
Setelah BN
memenangi 133 kerusi di Parlimen pada PRU2013 dengan undi popular sebanyak 47%,
keputusan 5 Mei 2013 merupak titik tolak Zaman Kegelapan di Malaysia. Ianya
mengambil masa hamper 4 bulan untuk memulakan Zaman Kegelapan! Kenapa ianya
dikatakan sebagai Zaman Kegelapan? Terdapat tiga fasa yang melambangkan
permulaan Zaman Kegelapan. Fasa Pertama, pengumuman kenaikan harga petrol
sebanyak 20 sen. Ini merupakan ‘hadiah’ pertama BN kepada rakyat setelah
berjaya mengekalkan kuasa di Kerajaan Pusat. Apakah kesan kenaikan harga
petrol? Jawapannya sungguh mudah, SEMUA BARANG AKAN NAIK. Buktinya? Kenaikan
harga gula sebanyak 34 sen, kenaikan tariff elektrik sebanyak 15%, tol
lebuhraya naik, dan terkini cukai rumah di KL naik. Kemudian dengan kegawatan
ekonomi yang kita ‘nikmati’ sekarang ini hasil dari fasa pertama Zaman
Kegelapan, kerajaan BN telah mengumumkan perlaksanaan Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (Goods and Services Tax -
GST). Masalahnya, kenapa hendak laksanakan GST kalau gaji minima di
Semenanjung adalah RM900 manakala di Borneo RM800? Kalau hendak laksanakan GST,
pastikan gaji minima rakyat di Malaysia adalah RM3,300! Bila semua NAIK,
kerajaan kata rakyat setuju. Bila rakyat mahu TURUN, kerajaan kata GULING!
Kerajaan suruh rakyat berjimat-cermat, kenapa pemimpin kita BOROS? Kerajaan
potong subsidi kita, kenapa elaun kereta, elaun rumah, elaun pengangkutan dan
elaun keraian pembesar-pembesar dan pemimpin-pemimpin tidak dipotong? Apakah
kerajaan ingat kita ini BODOH? INI ZALIM!
Fasa Kedua,
fenomena ‘OTAK MERENG’ oleh pemimpin-pemimpin UMNO. Pemimpin kalu sudah OTAK
MERENG, negara pun akan jadi MERENG. Semuanya akan jadi MERENG. Nescaya, mereka
semestinya inginkan rakyat yang bersifat MERENG! Buktinya?
“Langkah
menaikkan tariff elektrik mampu mengurangkan kadar kematian terkena renjatan
elektrik” – YAB Mohd Najib Abdul Razak (Berapa ramai orang Malaysia mati
terkena renjatan elektrik? Mungkin pekerja di Kediaman Rasmi PM Seri Perdana
yang banyak mati terkena renjatan elektrik kerana terlalu banyak guna elektrik
sehingga bil elektrik mencecah RM2,237,788.13 setahun!)
“Bukan
keputusan kerajaan BN bila harga minyak naik” – YB Ahmad Maslan (Apakah Ahmad
menafikan kemenangan BN pada PRU13? Jika bukan keputusan kerajaan BN, keputusan
siapa? Kerajaan PR? Sejak bila kerajaan PR menguasai Kerajaan Pusat? Ahmad yang
melontar batu, kenapa perlu sorokkan tangan?)
“Naikkan
harga gula untuk kurangkan kes kencing manis” – YB Dr. S. Subramanian
“Malaysia
negara terbaik menguruskan banjir” – YB Shahidan Kassim (Mungkin ada benarnya
sebab cara UNO berbeza. Maksud menguruskan banjir dengan baik adalah
mencampurkan lelaki dan wanita tanpa ada apa-apa yang memisahkan mereka seperti
dinding. UMNO tidak kenal apa maksud ‘privasi’ kerana mereka sudah hilang
maruah sebagai seorang manusia hinggakan mereka ingat rakyat hidup penuh tidak
bermaruah seperti mereka.)
“Jangan beli
rumah kalau harga rumah naik” – YB Tengku Adnan Tengku Mansor (Beliau mungkin
ingin rakyat Malaysia duduk di setinggan supaya warga negara asing seperti di
Bangladesh, Myanmar dan Vietnam membeli rumah di Malaysia dan diberi hak
mengundi. Apakah mungkin beliau ingin rakyat Malaysia tinggal di pokok ataupun
di gua untuk bersedia dengan kedatangan Zaman Kegelapan?)
“Duduk di
dalam hutan jika tidak setuju cara pilihanraya” – YB Noh Omar (Laungan beliau
ini seperti dipersetujui oleh Tengku Adnan. Mungkin beliau mengeluarkan
ayat-ayat ini kerana KECEWA akibat tidak dilantik sebagai Menteri Perseketuan.
Walaubagaimanapun, kekecewaan beliau mungkin dapat dilihat lebih awal lagi
kerana tidak dapat bertanding di DUN Selangor untuk diangkat sebagai Menteri
Besar Selangor)
“Jangan
makan ayam kalau naik harga, boleh makan ikan” – YB Hassan Malek (Kalau harga
ikan naik, boleh makan cacing kerana mudah didapati dengan mencangkul tanah.
Hendak cari cacing pun susah kerana cacing banyak lari ke kawasan pedalaman
disebabkan kerja-kerja korek tanah sana sini untuk projek pembangunan kroni)
“Jangan beli
sayur kalau harga naik, tanam sendiri sayur” – YB Ismail Sabri Yackob
(Masalahnya sekarang, bagaimana hendak tanam sayur kalau tanah-tanah hamper
semua dirampas krooni BN sendiri? Kalau tidak dirampas sekalipun, adakah rakyat
terutamanya warga kota mempunyai masa untuk menanam sayur? Sudahlah rakyat
terpaksa berbelanja lebih untuk petrol, sewa rumah, cukai rumah dan bayar
kereta, hujung bulan terima gaji hanya habis membayar hutang! Inikan pula
hendak membeli benih sayur yang dikira agak mahal dalam konteks Zaman Kegelapan
ini)
“Kalau tak
nak bayar tol, guna jalan biasa” – YB Abdul Wahid Omar (Rakyat di Borneo tidak
termakan dengan kata-kata Abdul Wahid kerana di Borneo tidak ada jalan tol
kecuali jambatan tol. Walaubagaimanapun, kata-kata beliau ini seperti
memperbodohkan rakyat di Semananjung kerana di sana ada banyak jalan tol.
Inilah akan berlaku jika kita mengambil golongan koporat menjadi Menteri kerana
mereka akan sentiasa memikirkan keuntungan pemegang saham (dalam perniagaan)
atau kroni (dalam politik). Beliau lebih layak mengekalkan kerusi korporat
beliau di industri perbankan berbanding menjadi Menteri Persekutuan)
“Hantar anak
ke luar negara jika bantah pelan pendidikan” – YB Idris Jusoh (Tidak ada
masalah untuk menghantar anak ke luar negara tetapi dengan syarat, kerajaan BN
haruslah menanggung semua pembiayaan anak-anak di Malaysia. Setuju dengan
cadangan beliau supaya anak-anak kita terdedah dengan pendidikan di luar negara
seperti di Mesir, Turki, Rusia, Britain, Amerika Syarikat dan sebagainya agar
pemikiran mereka terbuka dan tidak terkongkong dengan AUKU sekaligus melahirkan
Menteri yang berfikir menggunakan OTAK dan bukannya LUTUT)
“Kalau tidak
suka Malaysia, boleh keluar dari Malaysia” – Wanita UMNO (Satu sahaja jawapan
kami kepada anda, JIKA TIDAK SUKA RAKYAT BANTAH, UMNO KELUAR DARI MALAYSIA!
Baru ada akal!)
Fasa Ketiga,
penentangan penggunaan Kalimah Allah. Ini merupakan satu petanda besar Malaysia
akan menemui Zaman Kegelapa kerana bersikap jahil. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad
s.a.w, kehidupan penduduk Quraisy sangat jahil (Zaman Jahiliah). Mereka menanam
anak perempuan hidup-hidup, meminum arak, menyembah berhala dan pelbagai lagi
perbuatan yang melanggar ajaran Allah yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s. Ini
yang dilakukan oleh kerajaan BN sekarang kerana jahil imu dan buktinya mereka
telah melanggar amanah-amanah yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia semasa
penubuhan Malaysia pada tahun 16 September 2013 serta usaha perjuangan
Al-Marhum Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj yang ingin melihat sebuah negara
Malaysia yang aman dan merdeka. Tidakkah kita pernah terfikir kenapa kerajaan
tiba-tiba bersikap seperti barbaric (barbarian) dalam menangani isu Kalimah
Allah? Allah itu Tuhan, Tuhan itu Allah. Ianya mudah untuk dirungkaikan dan
siapa kita untuk menafikan hak agama lain untuk menggunakan Kalimah Allah? Isu
Kalimah Allah ini mula didengangkan semula oleh puak-puak penyokong kerajaan
UMNO dan PBB kerana mereka hendak rakyat melupakan Fasa Pertama dan Fasa
Ketiga. Mungkin sekarang mereka sedang merancang Fasa Keempat yang bakal
menyaksikan negara ini jatuh bankrap. Kalimah Allah ini bukan milik UMNO atau
PBB. Ianya milik Allah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui siapa yang akan masuk
neraka dan syurga dan bukannya UMNO atau PBB. Bagi orang Islam, ianya merupakan
satu bonus kerana ianya merupakan satu cara berdakwah yang akan menambah pahala
umat Islam. Bagi orang Kristian, ianya merupakan satu bonus juga kerana dapat
mengamalkan agama mereka secara bebas serta mereka akan melihat Islam ini indah
dan aman. Fasa Ketiga ini cuba untuk memisahkan silaturahim antara umat Islam
dan Kristian di Malaysia agar mereka saling bersengketa antara satu sama lain.
Jika ini berlaku, tidak mustahil UMNO tiba-tiba bertukar arah dengan menambat
hati orang Islam dan Kristian dengan memberi ‘gula-gula’ kepada kita apabila
nyawa mereka sudah di pangkal leher. Jika ini berlaku, kita jawab, “Kami tidak
mahu gula (rasuah), nanti kencing manis (negara musnah!)
Pakatan
Rakyat telah menjanjikan dalam Manifesto Buku Jingga untuk menurunkan
harga minyak manakala Barisan Nasional tidak menjanjikan dalam Manifesto Aku
Janji untuk menurunkan harga minyak. Sudah terang lagi bersuluh, siapa akan
menurunkan harga minyak dan siapa akan menaikkan harga minyak. Jangan kita
mangatakan "Boleh percayakah PR akan turunkan harga minyak kalau menang?
Entah-entah, mereka akan menaikkan harga minyak!". Namun, kenapa kita
percaya pada BN yang langsung tidak menyatakan untuk menurunkan harga minyak?
Masih lagi kita berkata "Aku yakin kalau BN menang, harga minyak tidak
akan diturunkan. Aku sangat-sangat yakin.". Nah, terbukti pilihan kita itu
satu kesilapan besar kerana kita terlalu percaya kepada sesuatu yang belum
pasti namun sesuatu yang nyata kita tidak pernah pula untuk berani mencuba.
Kerana apa? Kerana kita sudah dididik oleh BN untuk bersikap takut dan jangan
berubah. Allah s.w.t tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum
itu mengubah nasib mereka sendiri.
Kesimpulannya,
jika rakyat Malaysia ingin menghentikan Zaman Kegelapan ini, rakyat harus
menjadi agen perUBAHan. Rakyat haruslah melakukan ANJAKAN PARADIGMA. Rakyat
harus BERANI. Kita mulakan perUBAHan ini pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan
datang. Masa depan di tangan kita.
Jom UBAH!
Bersihkan Malaysia!
No comments:
Post a Comment