Perbicaraan kes Kalimah Allah di
Mahkamah Rayuan masih berjalan seperti biasa. Pada 17 Oktober 2013, Pakatan
Rakyat menegaskan bahawa mereka tetap dengan pendiriannya agar orang bukan
Islam boleh menggunakan Kalimah Allah. Malah, Presidan PAS, Abdul Hadi Awang
menegaskan bahawa orang Islam TIDAK MENGHALANG penganut agama lain menggunakan
Kalimah Allah dalam agama mereka. Selama 10 bulan penganut Kristian ditindas, dihina
dan dicaci namun Alhamdulillah, masih ramai lagi MAJORITI orang Islam yang
berfikiran waras di Malaysia yang mempertahankan hak kebebasan beragama di
Malaysia. Namun keesokkan harinya, 18 Oktober 2013, apabila pihak PERKASA
melihat perbicaraan tersebut seakan-akan memberi kemenangan kepada pihak Gereja
Roman Katolik, PERKASA mula naik tocang dengan mengharamkan Kitab Bible dalam
Bahasa Melayu di Malaysia. Nampak tidak
bahawa mereka cuba mencari hujah ‘point’ lain untuk memanjangkan isu ini
sehinggakan rakyat pun terkeliru. Mereka terpaksa membuat desakan baru, kali
ini ke atas Bible pula kerana dikhuatiri jika keputusan Mahkamah Rayuan
berpihak kepada Gereja Roman Katolik, taring dan modal politik PERKASA akan
hilang dan ianya akan menjadi lebih sukar bagi mereka meneruskan survival politik mereka. Pada 21 Oktober
2013, tiga hari selepas PR membuat kenyataan rasmi berhubung Kalimah Allah,
Menteri Dalam Negeri yang baru, Ahmad Zahid Hamidi bergegas mengeluarkan
kenyataan bahawa larangan terhadap penggunaan perkataan ‘Allah’ hanya terhad
kepada penerbitan “Herald”. Sekurang-kurangnya kenyataan Ahmad Zahid ini
sedikit sebanyak dapat meleraikan kekeliruan yang telah dibuat oleh PERKASA. Pada
hari yang sama, Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak memberitahu bahawa Kristian
di Sabah dan Sarawak boleh menggunakan Kalimah Allah! Astargfirullah, ini lagi
mengelirukan! Kes ini hanya melibatkan terbitan “Herald” dan tidak ada
kena-mengena dengan Bible. Terdapat dua kekeliruan rakyat di sini, pertama,
PERKASA kata haramkan Bible dalam Bahasa Melayu yang menggunakan Kalimah Allah,
dan kedua, Mohd Najib kata tidak ada larangan penggunaan Kalimah Allah di Sabah
dan Sarawak! Hujah yang pertama, kalau terbitan “Herald” yang menjadi beban
bukti atau burden of proof, kenapa
hendak melibatkan Bible? Hujah yang kedua, kalau Sabah dan Sarawak boleh guna
Kalimah Allah, kenapa tidak di Semananjung Malaysia? Apakah kerajaan di bawah Mohd
Najib bersikap double standard atau
hendak mengekalkan Sabah dan Sarawak sebagai fixed deposit demi kepentingan politik beliau? Adakah keputusan
beliau selaku Ketua dalam Badan Eksekutif lebih boleh hijacked keputusan Badan Kehakiman?
Kita tolak kekeliruan dari PERKASA
tetapi kita lihat kata-kata Ahmad Zahid dan Mohd Najib. Ahmad Zahid berkata
larangan hanya kepada “Herald”, Mohd Najib kata tiada larangan di Sabah dan
Sarawak. Hendak melihat perkara yang lebih mengelirukan lagi? Pada 24 Oktober
2013, KDN telah menahan sejumlah 2,000 naskah "Herald " di Sabah
sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu! Apakah ini
merupakan tindakan sabotaj Ahmad Zahid ke atas keputusan Mohd Najib untuk
mencalarkan imej beliau menjelang Pemilihan Agung UMNO 2013? Kemudian, 3 hari
selepas itu iaitu pada 27 Oktober 2013, KDN telah membatalkan arahan penahanan
terhadap 2,000 naskah “Herald” itu selepas menjalankan siasatan. Kenapa KDN
mengambil masa sehingga 3 hari untuk membuat keputusan membatalkannya? Apakah
Mohd Najib ada memberi amaran kepada Ahmad Zahid untuk tidak mensabotaj
keputusan beliau? Pada 28 Oktober 2013, Ahmad Zahid bertegas dengan bahawa Kalimah
Allah kandungannya tidak boleh digunakan oleh Akhbar Mingguan Katolik, “Herald”.
Ini bukan untuk mengelirukan rakyat tetapi ianya ditulis untuk mendedahkan
KRONOLOGI KEKELIRUAN terhadap isu Kalimah Allah.
Kalimah Allah adalah hak semua
manusia yang ada di muka Bumi ini. Selagi mereka diciptakan oleh Allah dan
selagi mereka ini dinamakan manusia, tiada siapa pun yang ada HAK untuk
menidakkannya. Penggunaan Kalimah Allah telah digunakan oleh penganut agama
Yahudi dan Kristian sejak zaman berzaman sebelum kedatangan Islam lagi. Malah,
Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah melarang agama Yahudi dan Kristian dari
menggunakan Kalimah Allah bahkan mereka bebas mengamalkan ajaran mereka di
bawah pemerintahan Islam. Penganut agama Yahudi dan Kristian yang menggunakan
Kalimah Allah di zaman Rasulullah bukan sahaja diberi kebebasan beragama malah
mereka dijamin pelindungan oleh Islam selagi mana mereka tidak memusuhi Islam.
Tidak pernah kita dengar Yahudi atau Kristian dibunuh kerana menggunakan
Kalimah Allah dibawah pemerintahan Islam. Hal ini kerana Islam di zaman
Rasulullah mengajar kita untuk bersikap adil dan berperikemanusiaan. Berbeza
dengan sikap Islam di zaman UMNO, mereka bukan sahaja bersikap tidak adil dan
tidak berperikemanusiaan, malah jauh dari itu, mereka bersikap seperti ZIONIS
dan BINATANG YANG RAKUS SEX! Kenapa mereka layak digelar BINATANG? Manusia dan binatang
kedua-duanya mempunyai otak cuma bezanya manusia diberikan AKAL oleh Allah
s.w.t manakala binatang tidak. Manusia diberi AKAL untuk BERFIKIR supaya tidak
JAHIL. UMNO dan PERKASA pula ada OTAK tetapi TIDAK mempunyai AKAL!
Apa yang PALING mengelirukan adalah
jika perkataan “Allah” boleh digunakan di “Herald” kenapa pula Kitab Bible yang
dirampas? Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ini telah mencemarkan
imej Islam di mata orang bukan Islam. Seperti saya pernah tulis dala Bahagian
1, jika kerajaan betul-betul ikhlas dalam menyelesaikan masalah ini, mereka sepatutnya
duduk berbincang secara ilmiah dan diplomatik! Kenapa masih lagi tidak faham
dengan ayat diplomatik? Saya melihat perkara ini lebih kepada sentimen perkauman
dan agenda politik sesetengah pihak. Tidak perlu saya rungkaikan sentiment perkauman
kerana telah ditulis. Kenapa saya melihatnya lebih kepada agenda politik?
Sebelum itu, kenapa JAIS yang terletak dibawah bidang kuasa Negeri merampas dan
bukannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang terletak dibawah bidang
kuasa Perseketuan? Jika JAKIM merampas, rakyat akan menyalahkan UMNO dan BN
maka jika JAIS merampas, rakyat akan menyalahkan PKR dan PR. Dengan tindakan
JAIS ini, maka lebih mudah untuk macai-macai dab balaci-balaci UMNO, PERKASA
dan BN menunding jari pada PKR dan PR. Namun, Alhamdulillah, rakyat Malaysia
yang beragama Islam dan Kristian tidak sebodoh yang disangkakan oleh Pak
Menteri di Malaysia yang umum mengetahuai otak mereka ini BODOH kerana semuanya
“KELUAR DARI MALAYSIA”! Allah s.w.t melindungi hambanya yang teraniaya dan kes (dalam
konteks politik) ini, hamba yang teraniaya adalah PKR dan PR. Rakyat tahu ini
merupakan satu agenda politik UMNO dan BN untuk menjadikan PKR sebagai mangsa
keadaan. Buktinya? Cuba kita lihat permainan politik BN. Di pihak UMNO, ini
merupakan modal untuk mereka mengadakan DEMONSTRASI besar-besaran terhadap
orang Kristian kerana dengan adanya demonstrasi tersebut, ramai dikalangan ahli
UMNO akan menunjuk taring Dracula dan belang harimau mereka di depan pemimpin
UMNO. Hal ini akan mudah pihak UMNO mengidentifikasikan dan mencari bakal-bakal
calon UMNO yang akan diketengahkan pada PRU14. Tiba-tiba, pihak UMNO yang
diketuai oleh Noh Omar membuat U-turn apabila
mereka pula yang mengarahkan polis untuk bertindak menahan mereka yang membuat
rusuhan. Dalam sekelip mata, beliau bertindak seolah-olah seperti beliau adalah
HERO dan tindakan beliau itu saya lihat hanya sekadar mainan politik. Jika
beliau teruskan, orang Selangor akan makin benci UMNO dan peluang untuk beliau
menjadi Menteri Besar Selangor tipis. Jika beliau tidak teruskan, beliau
seolah-olah menginginkan satu PUJIAN BESAR dari pihak Kristian dan mendapat
sembah dari orang Kristian! Apakah Noh Omar fikir orang Kristian dan Islam
SEBODOH beliau? Sepekara lagi kita lihat, agenda politik BN semakin terserlah.
Perasan atau tidak, semasa UMNO hendak membuat demonstrasi, MCA memberi teguran
dan bila Noh Omar mengumumkan pembatalan demonstrasi, MCA memberi pujian? MCA
menyalahkan DAP pula dalam kes ini dan tujuan mereka tidak lain tidak bukan
adalah untuk menarik semula sokongan orang Cina yang telah berpaling tadah dari
MCA.Nampak tak silap mata di situ? PUJIAN untuk UMNO satu, PUJIAN untuk MCA
satu. Lihat bagaimana pihak UMNO dan PERKASA mencari modal politik dan
bagaimana MCA bersengkongkol dengan UMNO? Sampai bila isu Kalimah Allah ini
akan berlarutan?
No comments:
Post a Comment