Tuesday 25 February 2014

Apa yang Melayu takut?





Orang Cina sangat sensitif dalam isu ekonomi
Masyarakat Cina di Malaysia sangat peka akan keadaan ekonomi negara. Mereka merupakan penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara dan ini kita tidak dapat nafikan. Mereka menguasai hampir setiap jenis perniagaan di Malaysia. Namakan sahaja, pertanian, perladangan, kejuruteraan, kenderaan, komputer, kedai runcit malah hingga ke hartanah. Masyarakat Cina tidak begitu bimbang akan kuasa politik kerana mereka mempunyai banyak persatuan dan pertubuhan masyarakat yang dapat melindungi kepentingan mereka. Sebab itu tidak ramai orang Cina berkecimpung dalam bidang politik terutamanya dalam parti politik. Jika terdapat ancaman berlaku kepada ekonomi negara yang melibatkan kepentingan mereka, persatuan dan pertubuhan ini yang akan menjadi suara pendesak untuk menjaga periuk nasi mereka. Pola pengundian masyarakat Cina banyak bergantung kepada keadaan ekonomi semasa. Sebab itu jika kita lihat, masyarakat Cina masih berlindung di bawah parti pemerintah seperti MCA, Gerakan dan SUPP semasa era pentadbiran Abdul Razak, Hussein Onn dan Dr Mahathir Mohammad kerana pada ketika itu, ekonomi negara agak stabil.

Akhir-akhir ini kita melihat bahawa masyarakat Cina mula menunjukkan sentimen anti-pemerintah semenjak era pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Abdul Razak disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sangat membimbangkan mereka. Mereka melihat kedua-dua pemimpin ini tidak mampu meningkatkan ekonomi negara ke tahap yang lebih bagus. Selain itu, kebanyakkan projek-projek dan tender kerajaan dimonopoli oleh kroni-kroni BN. Bahkan, kerajaan BN begitu takut untuk merampas tanah Cina kerana mereka tahu orang Cina boleh melawan mereka menggunakan kuasa undi atau mahkamah. Sebab itu, BN mengambil tanah orang Melayu. Akibat ketidakstabilan ekonomi negara semenjak 10 tahun kebelakangan ini, masyarakat Cina kini mula menunjukkan minat mereka dalam politik. Penglibatan masyarakat Cina dalam politik banyak bergantung kepada keadaan ekonomi negara. Hal ini menyebabkan kebanyakkan kerusi majoritiCina dimenangai oleh Pakatan Rakyat kerana PR begitu konsisten menyuarakan masalah ekonomi negara. Keadaan ekonomi sekarang memperlihatkan bagaimana kerajaan BN gagal menyakinkan para pelabur ke Malaysia. Selain itu, jumlah hutang negara yang bakal mencecah RM1 trillion sangat membimbangkan masyarakat Cina kerana mereka tahu jika hutang kerajaan meningkat, nilai mata wang kita akan merosot sekaligus jumlah faedah yang perlu kita bayar meningkat. Bila ini terjadi, negara akan menjadi bankrap akibat jumlah hutang yang terlalu banyak hingga mengakibatkan perniagaan mereka terjejas. Sebab itu, mereka memilih PR untuk menjadi suara pendesak kepada parti pemerintah BN.
Menyelongkar sejarah pengkhianat Melayu sebenar
Ingatkah lagi kita sejarah Skandal Pinjaman RM2.5 billion Bumiputera Malaysia Finance (BMF)? Kerajaan pada masa itu terus menerus terlibat dengan operasi menutup dan mahu rakyat mempercayai bahawa 4 orang, Lorraine Osman, Hashim Shamsuddin, Rais Saniman dan Ibrahim Jaafar adalah orang-orang yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pencurian dan penipuan wang rakyat Malaysia itu terutamanya Bumiputera. Pada tahun 1979-1980, Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) mempunyai 'wang berlebihan' yang boleh dipinjamkan melalui operasi pertukaran wang asing dan pasaran wang. Dalam tahun 1980, Petronas menjangkanya menyimpan RM50 juta dengan BBMB. Ini membawa kepada masalah untuk mencari 'punca perniagaan untuk wang berlebihan ini' dan BMF di Hong Kong dipilih sebagai alat untuk disalurkan sebahagian dari wang itu kepada mereka. Pertambahan yang berulang-ulang kepada had pengeluaran pinjaman BMF dari ibu pejabat dan cawangan-cawangan BBMB, BMF 'akan muncul sebagai sebuah institusi kewangan yang dinamik'. Berapa banyakkah dari wang skandal BMF sebanyak RM2.5 billion itu sebenar-benarnya wang Petronas dan di dalam membeli BBMB dan BMF, adakah Petronas cuma membayar balik hutang lapuknya kepada BBMB dan BMF? Sekarang, BBMB sudah menjadi CIMB Bank, Cina, India, Malay and Bengali Bank.

Bukan sahaja BMF, jika kita melihat keadaan institusi Islam negara kita seperti Tabung Haji dan Tabung Baitulmal, mereka mempunyai jumlah yang yang bergitu banyak hingga mencecah puluhan billion ringgit namun masih ramai masyarakat Melayu hidup dalam kemiskinan. Apa yang peliknya, masyarakat Melayu seolah-olah tidak merasakan ini sebagai masalah kepada mereka. Apabila Melayu ditindas oleh pemimpin Melayu sendiri, dengan mudah kita menunding jari kepada Cina dan DAP seolah-olah semua ini salah mereka. Namu, apakah kita tahu bahawa DAP merupakan satu-satunya parti yang banyak mempertahankan skandal BMF, BBMB, dan Baitulmal ini? Mengapa masyarakat Melayu tidak ramai tahu akan perkara ini? Jawapannya mudah, TV3 dan semua media pencacai BN terutamanya UMNO dan PBB memutarbelitkan isu ini. Kenapa perlu salahkan Cina dan DAP jika Melayu ditindas?

Siapa yang menjadi pemerintah pada masa itu? Melayu atau Cina?
Siapa yang menjadi pejuang dan petualang pada masa itu? DAP atau UMNO?
Ada pihak UMNO atau PBB bersuara? Mana pergi telur mereka bila harta Bumiputera dirampas oleh 'Ketuanan Melayu' mereka? Ada orang Melayu marah? TIDAK!



Fantasi 'HIDUP MELAYU'
Semakin banyak Melayu miskin dan ditindas oleh kerajaan BN, semakin ramai Melayu mengundi BN berbanding Cina. Jadi, jika keadaan ekonomi bukan menjadi faktor utama yang mempengaruhi pola pengundian masyarakat Melayu, maka, apakah faktor yang mempengaruhi mereka? Jawapannya sungguh mudah, kuasa politik. Masyarakat Melayu selama ini sentiasa diberi 'candu' oleh pemimpin Melayu BN dengan khayalan 'HIDUP MELAYU'. Selama lebih 50 tahun kita merdeka, tidak wujud apa yang dikatakan sebagai 'HIDUP MELAYU' kerana semuanya adalah 'HIDUP KRONI BN'. Pemimpin Melayu PBB dan UMNO mengunakan slogan 'HIDUP MELAYU' untuk merampas tanah dan rizab orang Melayu sendiri! Adakah kita sedar akan perkara ini atau kita buat-buat tidak sedar? Siapa yang menjual tanah rizab Melayu kepada Cina? DAP? Buktikan kepada saya dimana rizab Melayu dijual oleh DAP? Semuanya dijual oleh UMNO dan PBB. Tanah rizab Melayu di Pulau Pinang, siapa yang jual? Lim Guan Eng? Sedangkan sebelum PRU2008, banyak tanah rizab Melayu dijual kepada bangsa bukan Melayu semasa era pemerintahan BN. Kenapa tidak dipersalahkan Koh Tsu Koon? Adakah Koh Tsu Kon itu Pak Haji? Nah, ternyata selama ini BN melakukan pembohongan kepada rakyat. Setiap laungan 'HIDUP MELAYU' berkumandang, secara senyap tanah rizab Melayu dirompak oleh melaun-melaun UMNO dan PBB.

Bila orang Melayu mula sedar, BN mula menghantar pencacai -pencacai PBB dan UMNO untuk merasuah rakyat agar mereka duduk diam-diam. Sekali lagi, kita di beri 'candu' dan didendangkan dengan 'HIDUP MELAYU'. Sedar tidak sedar, Melayu Johor kini kian hilang tanah rizab mereka kerana dijual kepada negara asing. Semua itu dilakukan dibawah pemerintahan BN. Bila DAP mempertahankan tanah rizab Melayu, kita salahkan Cina. Tapi bila UMNO dan PBB merampas tanah rizab Melayu, kita mencium kaki UMNO dan PBB dan berkata 'terima kasih kerana jasa BN'. Inilah Melayu di zaman BN. Yang menjadi pejuang, kita hina mereka, yang menjadi petualang, kita sanjung mereka. Orang Melayu tidak kisah tanah mereka dirampas asalkan kuasa mereka kekal. Memang temberang pemimpin Melayu UMNO dan PBB.

Jika ditanya, HIDUP MELAYU!

Gula naik, HIDUP MELAYU!
Minyak naik, HIDUP MELAYU!
Hutang PTPTN, HIDUP MELAYU!

Kalau soal ekonomi orang Melayu tidak marah, kalau bank mereka sendiri di'rogol' orang Melayu tidak marah, kalau pemimpin Melayu rampas tanah Melayu orang Melayu pun tidak marah, habis, apa yang menyebabkan Melayu marah? Selagi BN memerintah Malaysia, selagi PBB memerintah Sarawak, walau banyak mana sekalipun tanah mereka diambil oleh PBB, orang Melayu kita tetap tidak akan mengubah undi mereka kerana mereka sudah terlekat dengan PBB. Jika tanah mereka sudah dirampas PBB, jika anak mereka tercicir dalam pendidikan, jika permohonan e-Kasih mereka ditolak, mungkin cara ini baru orang Melayu kita akan bangkit melawan BN.







Melayu perlu bangkit!
Jika Melayu ingin maju, kita tidak boleh berharap 100% kepada kerajaan. Kita harus mampu berdikari dan bersaing dengan bangsa lain secara sihat. Kita tidak perlu lagi bergantung kepada Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerana ianya bukan untuk orang Melayu tetapi untuk pemimpin jembalang UMNO dan PBB sahaja. Kalau kita kaya hasil dari DEB tidak apa juga tetapi kita semakin miskin malah ditindas oleh bangsa sendiri. Jika kita mampu menjadi kaya tanpa DEB, kita patut berasa bangga kerana kita berjaya atas hasil usaha kita sendiri. Orang Cina boleh berjaya tanpa ada dasar seperti DEB, kenapa tidak kita? Malu kita jika orang Cina dapat maju tanpa DEB sedangkan kita yang ada DEB ini pun tidak dapat maju hanya kerana masih mempertahankan 'HIDUP MELAYU' UMNO dan PBB. Siapa yang ketawa kepada kita? Cina? Tidak, yang ketawa dengan keadaan kita Melayu ini adalah UMNO dan PBB. Taib Mahmud kaya, ada dia bagi kita sebuah rumah? Rosmah kaya, ada dia bagi kita makan? Mahathir kaya ada dia bagi kita kereta?

Dikala kita bergaduh sesama sendiri kononnya nak mempertahankan 'HIDUP MELAYU', orang UMNO dan PBB bersuka-ria bercuti di Perancis, Korea, Amerika Syarikat, makan ikan salmon, lamb chop, bergelimpangan dengan pelacur, bina rumah berjuta-juta ringgit dan memakai baju Gucci, Topman, Burberry London sedangkan kita hanya makan nasi campur kicap dan memakai baju lusuh.Mereka guna jet mewah sedangkan rakyat sampai MATI guna bot karam! Ada pemimpin Melayu UMNO dan PBB peduli? Bagi mereka "I don't give a DAMN SHIT to this orang Melayu. As long as I rich and I get what I want, kau peduli apa?" Jika orang Cina dapat menjadi pendapat sehingga RM30,000 sebulan, kita orang Melayu tidak harus cemburu malah kita harus menguatkan semangat untuk mendapar RM40,000 sebulan. Jangan ikut telunjuk BN. Mereka hanya tahu menyalahkan Cina dan menyuruh Melayu berperang tetapi apakah ini yang kita mahu? Sepatutnya, BN mengajar orang Melayu bagaimana hendak berniaga secara sihat dan bersaing dengan orang Cina, bukannya membuat kita semua bergaduh. Makin kita bergaduh, makin UMNO dan PBB suka kerana kita akan leka. Ingat, UMNO dan PBB hanya mempergunakan Melayu asalkan anak-beranak dan kroni-kroni mereka hidup mewah hasil dari permusuhan Melayu-Cina. Majoriti Melayu adalah Islam dan jika kita berpegang teguh kepada Islam, kita tidak akan terikut-ikut rentak jahanam UMNO dan PBB. Islam mengajar kita untuk berdikari dan berniaga demi meningkatkan syariat Islam. Jangan lalai wahai bangsaku Melayu.

1 comment: