Thursday 6 February 2014

Taib berundur: Sarawak atau PBB akan musnah?

 
Abdul Taib Mahmud merupakan ahli politik yang paling lama memegang tampuk pemerintahan Sarawak sebagai Ketua Menteri selama 33 tahun. Beliau berkecimpung dalam politik seawal umur 27 tahun apabila dilantik menjadi Menteri mewakili Parti Berjasa (Barisan Jati Anak Sarawak) dibawah Ketua Menteri Stephen Kalong Ningkan.

Kebelakangan ini, politik Sarawak sedikit gamat apabila terdapat uar-uar yang menyatakan Ketua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud akan berundur pada 28 Februari 2013 untuk menjadi Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak. Walau apa pun keputusan beliau akan buat, kita sama-sama lihat sama ada ianya benar atau sekadar desas-desus semata-mata.

Walaubagaimanapun, terdapat juga penyokong-penyokong dan pengampu-pengampu PBB yang mengeluarkan keluhan yang tidak masuk akal untuk orang dewasa. Ramai di kalangan mereka menyatakan, jika Taib berundur, kita akan mati dan Sarawak akan musnah? Ketahian apakah ayat ini? Mengapa PBB terlalu dangkal dan dungu? Apakah Sarawak ini tidak ada orang lain yang layak menjadi Ketua Menteri sama seperti apakah orang Sarawak tidak layak menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SESCO? Apakah anak tempatan di Sarawak terlalu bodoh dan tidak berpendidikan untuk memimpin Negara Sarawak selain Taib Mahmud? Jika tiada, salah siapa? Salah PBB sendiri kerana gagal melahirkan pemimpin yang berkaliber untuk menggantikan Taib Mahmud.

Jika Taib Mahmud berundur atau melepaskan jawatan, Sarawak tidak akan musnah dan rakyat tidak akan mati kebuluran sebaliknya PBB akan musnah dan kroni mereka akan mati kebuluran! Orang PBB tidak akan beritahu perkara ini kepada rakyat maka mereka membuat propaganda akhir zaman kepada rakyat bahawa tanpa Taib Mahmud, Sarawak akan musnah. Kalau kita hendak tempeleng kepala PBB ini, kita katakan kepada mereka, sebelum Taib Mahmud lahir, James Brooke sudah memerintah Sarawak tetapi di zaman James Brooke , Sarawak tidak musnah malah semakin maju ketika itu. Usah tunggu Sarawak musnah jika Taib Mahmud berundur, sekarang pun Sarawak diambang kemusnahan dengan rampasan tanah pribumi, merogol khazanah alam, dan pembinaan empangan yang menjahanamkan kehidupan rakyat!

Bagi PBB, Taib Mahmud adalah Tuhan, wang adalah Nabi dan kemegahan adalah hidayah. Sebab itu orang PBB begitu takut jika 'Tuhan' mereka berundur sebab jika 'Tuhan' mereka berundur, maka 'Tuhan' mereka berhenti menghantar 'Nabi' yang memberi 'hidayah' kepada mereka. Di dalam PBB, tidak ada Pakar Strategik seperti PKR, PAS dan DAP kerana semua strategi dilakukan oleh Taib Mahmud. Jika beliau merasakan Daud tidak layak bertanding di Tupong, beliau boleh menggugurkan nama Daud. Jika beliau merasakan Abang Jo tidak sesuai menjadi Ketua Menteri, beliau boleh sahaja melakukannya. Jika beliau merasakan Dr Draup tidak sesuai lagi di Demak Laut, beliau dengan sekelip mata dapat menggantikannya dengan Dr Hazland. Jika beliau tidak suka kepada Asfia, beliau juga boleh menggantikannya sekelip mata dengan Abdullah Saidol biarpun sokongan rakyat kepada Asfia di Semop lebih kuat. Malah, sesiapa sahaja yang dilihat dapat menggugat kedudukan beliau dalam PBB, dengan sekelip mata beliau mencantas mereka. Taib Mahmud adalah pemikir strategik dalam PBB dan beliau mengatur calo-calon PBB seperti permainan catur. Jika Taib Mahmud tidak lagi berada dalam PBB, maka hilanglah Pakar Strategik di dalam PBB. Kenapa Taib Mahmud kurang memberi kepercayaan kepada pemimpin PBB yang lain dari menjadi Pakar Strategik? Jawapannya mudah. Ramai orang dalam PBB merupakan mereka yang tidak mempunyai otak sehinggakan otak mereka tidak mampu menyaingi otak Taib Mahmud. Jika mereka mempunyai otak, sudah lama Taib Mahmud melepaskan jawatan beliau.

Sekarang, Taib Mahmud dalam keadaan delima untuk meninggalkan tampuk pemerintahan kerana di dalam PBB, tidak ada pemimpin yang mempunyai otak seperti beliau. Malah, orang PBB sendiri seperti mengakui bahawa tidak ada yang mampu menganti Taib Mahmud seolah-olah mereka menyatakan mereka sendiri tidak ada otak. Rakyat Sarawak sekalian, pada zaman ini, kita mempunyai ramai anak-anak muda yang berkaliber dan mempunyai otak untuk memimpin Sarawak. Di dalam DAP, PAS dan PKR juga terdapat ramai pemimpin yang mampu menggantikan Taib Mahmud cuma rakyat harus memberi peluang. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tersebut melainkan kaum itu mengubah nasib sendiri. Jika ditakdirkan Taib Mahmud berundur, saya secara peribadi mencadangkan agar beliau melantik Awang Tengah menjadi Ketua Menteri kerana antara Adenan Satem dan Abang Jo, Awang Tengah mempunyai otak. Cukup Awang Tengah mejadi Ketua Menteri Sarawak selama 2 tahun, pada 2016, kita berUBAHlah untuk mengangkat seorang Ketua Menteri yang baru dari Pakatan Rakyat. Kita cuba dan nilai, adakah dengan melantik Awang Tengah pada 2014 dan mengangkat Ketua Menteri Sarawak yang baru dari PR pada 2016 akan membawa Sarawak diambang kemusnahan? Ayuh kita berUBAH dan percaya pada diri sendiri. Jika Taib Mahmud berundur, PBB akan musnah!

No comments:

Post a Comment