Desas-desus mengenai DUN Sarawak akan dibubarkan mengamatkan politik Sarawak selepas Berita Harian memuatkan tajuk Taib Mahmud akan berundur dari jawatan Ketua Menteri Sarawak. Dikhabarkan Ketua Menteri akan memanggil mesyuarat pada Sabtu (8 Februari 2014) dan Ahad (9 Februari 2014). Ramai pihak melihat ini merupakan masanya Ketua Menteri akan mengumumkan siapa penganti beliau.
Namun, dari pandangan saya, ianya hanyalah suatu gimik. Kalau kita perasan, kenapa akhbar Berita Harian yang berpengkalan di Semananjung memuatkan tajuk ini dan mengapa pula bukan akhbar tempatan? Adakah ini merupakan strategi Taib untuk melihat siapakah yang akan masuk perangkap beliau? Malah, selepas akhbar itu mensensasikan berita ini, pihak pemimpin politik tidak pula melatah kerana mereka kali ini bersikap hati-hati dengan permainan Taib Mahmud. Jika mereka menjawab spekulasi ini, sekelip mata mereka akan dicantas.
Ketika PM Najib datang ke Sarawak merasmikan program perlancongan untuk ASEAN, kelihatan banyak tetamu hadir di rumah mantan Ketua Menteri Sarawak dan mantan Gabenor Sarawak iaitu Tun Abdul Rahman Ya'kub. Apakah maksud semua ini? Anda boleh nilai menggunakan otak yang cerdik. Kem 3A, Adenan, Abang Jo dan Awang Tengah mungkin akan gigit jari jika Taib Mahmud mengumumkan Wahab Dolah atau Effendi Narwawi sebagai penganti beliau.
Pilihanraya Sarawak akan berlaku dalam masa terdekat ini kerana Taib Mahmud tidak akan sanggup melihat berlakunya PRK Dun Balingian jika beliau melepaskan jawatan sebagai ADUN dan menjadi TYT Sarawak sebelum tempoh matang DUN 11 April 2014. ADUN Daro, Dr Murni Suhaili mungkin akan digugurkan sebagai calon untuk memberi laluan kepada Wahab Dolah ataupun Effendi Narwawi. Kemungkinan besar itu ada kerana dilihat sekarang pihak Pakatan Rakyat menumpukan sepenuh perhatian kepada PRK N.25 Kajang dan jika dilihat di sudut lain, SPR mengumumkan tarikh pengundian akan dilakukan pada bulan 12 Mac iaitu sangat lama masanya. Dalam masa itu, kita jangan terkejut melihat DUN Sarawak pula akan dibubarkan. Permainan Taib Mahmud ini sangat licik dan tidak dinafikan, strategi beliau sangat handal namun Pakatan Rakyat harus bersiap-sedia. Taib Mahmud mungkin akan membubarkan DUN Sarawak dalam keadaan PKR belum membuat pemilihan parti dan dalam keadaan PR masih belum bersedia.
Tahniah kepada saudara yg vokal dalam mempertahankan prinsip saudara. sedia maklum bahawa PR memperoleh lebih byk kerusi berbanding tahun sebelum nya. persoalan saya adalah, adakah keputusan yang diambil oleh PR di sarawak adalah hasil cadangan oleh PR sarawak sendiri @ daripada pusat? adakah pusat membuat dasar @ PR sarawak sendiri yang membuat dasar sendiri. bagaimana cadangan utk pindaan pengagihan kerusi yg di cadangkan oleh PR pusat yg ingin mengurangkan peratusan kerusi di sabah sarawak? adakah PR sarawak @ dap sarawak (secara khususnya) menyokong tindakan tersebut? tindakan tersebut secara langsung membelakangkan prinsip perjanjian malaysia yang mana smnjg tidak sepatutnya mempunyai kerusi lebih 2/3 di parlimen (walaupun bn sendiri melanggar perjanjian tersebut). adakah dap sarawak secara khususnya akan mencadangkan agar peratusan kerusi parlimen di sarawak dikurangkan yang mana akan mengurangkan pengaruh politik di sarawak sekaligus menyebabkan sarawak lebih tersisih? adakah baru bian akan dipilih sebagai CM jika PR menang pada pilihanraya depan @ adakah shadow cabinet dap pada pilihanraya lalu masih diguna pakai? masih byk lagi persoalan saya, namun saya yakin jika soalan2 ini dpt dijawab, keyakinan pengundi terhadap pr akan meningkat. sekian terima kasih
ReplyDelete