Wednesday 12 February 2014

Siapa Adenan Satem?




Adenan Satem merupakan bekas adik ipar kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud. Isteri pertama beliau bernama Aisah Zainab Mahmud dan salah seorang anak beliau adalah Abdul Aziz Adenan yang merupakan bekas EXCO Pemuda PBB juga dikatakan merupakan blogger sematankelawas.blogspot.com yang banyak membuat fitnah ke atas pemimpin politik di Malaysia. Beliau juga merupakan muka lama dalam politik Sarawak. Dinobatkan sebagai juara dalam perdebatan mengenai Tanah Adat di Sarawak pada akhir 1980-an dan 1990-an, Datuk Adenan merupakan political figure yang cukup hebat di dalam kabinet negeri pada masa itu. Sekarang ini dilantik sebagai Menteri Tugas-tugas Khas Sarawak. Beliau merupakan bakal Ketua Menteri Sarawak yang ke 5 setelah Abdul Taib Mahmud menghantar surat perletakan jawatan pada 28 Februari 2014.
Abdul Aziz Adenan


Dalam pemilihan Parti Pesaka Bumiputra Bersatu tahun 2002, beliau bersama-sama Abang Johari Openg bertanding untuk merebut jawatan Timbalan Presiden Parti. Walau bagaimanapun nasib tidak menyebelahi beliau apabila tewas di tangan Abang Zohari, seterusnya dilantik sebagai Naib Presiden Kanan Parti oleh Majlis Tertinggi, sesuatu yang janggal di dalam parti semenjak 30 tahun penubuhannya. Penonjolan kepimpinan beliau amat ketara di dalam parti sehingga ada desas desus yang mengatakan bahawa beliau bakal menggantikan Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru. Selepas Pilihan raya Parlimen diadakan pada tahun 2004, dengan menggantikan Cikgu Sukinam Domo di Parlimen Batang Sadong, beliau dilantik sebagai Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, suatu jawatan yang tidak asing bagi menteri yang berasal dari Sarawak. Sebelum PRU 2004, beliau merupakan Menteri Industri Makanan Sarawak.

Namun begitu pada Februari 2006, rombakan kabinet Persekutuan telah diadakan dan beliau tidak disenaraikan di dalam kabinet tersebut. Alasan Perdana Menteri ialah Dato' Sri Adenan sendiri meminta supaya beliau tidak dinamakan sebagai menteri, kemudiannya diakui oleh Adenan sendiri. Lain alasan ialah untuk memberi konsentrasi di dalam pilihan raya negeri yang bakal dilangsungkan pada Mei 2006. Episod Adenan dan kepimpinan serta politik negeri Sarawak amat sunyi sehinggalah selepas pilihan raya ke-9 2006 beliau tidak dilantik semula di dalam kabinet negeri. Untuk rekod di dalam pilihan raya ke-9 2006 tersebut beliau ditukarkan ke kerusi Tanjung Datu, dan kerusi lama beliau bertukar tangan kepada calon baru iaitu Datuk Sri Muhammad Ali bin Mahmud iaitu adik kandung Ketua Menteri sendiri. 

Dalam rekod pilihan raya yang lepas kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi kawasan N.15 Muara Tuang merupakan kubu kuat Parti Barisan Nasional dan mempunyai majoriti yang tertinggi bagi negeri Sarawak. Adenan sekali lagi di kawasan barunya mendapat majoriti undi yang juga tinggi dengan mengalahkan dua pencabarnya dari BEBAS dan calon Keadilan Rakyat dengan majoriti 4,136.

Pada bulan Februari 2007, beliau telah melepaskan jawatan Naib Presiden PBB. Akan tetapi beliau dilantik semula menjadi Ketua Penerangan PBB berkuatkuasa 4 Mac 2007 sekaligus menamatkan desas desus yang beliau akan mengundurkan diri daripada arena politik.

Dalam Pilihan Raya DUN Sarawak 2006, Adenan Satem mewakili BN mendapat 4,545 undi dan menang. Calon lawan ialah Sobey bin Daud (KeADILan - 409 hilang deposit) dan Larry Dominic Linang (Bebas - 357 hilang deposit) Majoriti 4,136. Dalam pilihan raya 2011, beliau bertanding mewakili BNdan mendapat 4,218 undi dengan majoriti 3,216. Lawan beliau ialah Gilbert Asson Kulong dari parti Bebas mendapat 215 undi. Calon lain ialah Nani Sahari(PR - 1002). 

Adenan Satem akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak Ke-5. Harapan kita adalah semoga beliau dapat menurunkan tarif elektrik Sarawak sebanyak 30%, menyelesaikan masalah NCR terutamanya bagi kaum Dayak, menghapuskan setinggan dan memberikan tanah kepada masyarakat Bumiputera, memberi peluang pekerjaan kepada belia Sarawak, memberi pendidikan percuma kepada anak Sarawak menerusi Yayasan Sarawak, menghapuskan monopoli simen dan mendedahkan laporan kewangan Tabung Baitulmal Sarawak.

2 comments:

  1. Awak copy paste dari Wikipedia kan? At least bagilah sumber dari mana walaupun Wikipedia bukanlah satu sumber rujukan ilmiah. Diharap lebih telus dan berhemah dalam menulis blog.

    ReplyDelete
  2. Tuyuk @ bongok betul sik jis. Dah jadi ulun cheng kaki kipas u dah berangan jadi calon tupong.Najib pkr sine ko engkah..

    ReplyDelete